Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 10, 2025 @ 2:34pm

“3 Tahun Yang Bukan Mudah Untuk Aku & Ameena” – Shakilla Khoriri Kongsi Momen Graduasi Anak, Luah Pengorbanan Seorang Ibu

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak dan bangga apabila anaknya, Ameena Sofia, akhirnya menamatkan tempoh tiga tahun awal pendidikannya yang pastinya penuh cabaran dan jatuh bangun dalam membesarkannya.

Kata Shakilla menerusi perkongsian di Instagram, setiap perkembangan anak perempuannya itu tidak datang dengan mudah, namun dia berusaha memastikan Ameena melalui fasa pembelajaran yang menyeronokkan.

“Ameena punya graduation walaupun nampak macam orang tua yang meriah. Yes, pergi majlis, kalau ada tema ikutlah. Support dan meriahkan event especially untuk anak. Just for fun.

“Anyway, 3 tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena. Macam-macam yang terjadi sepanjang 3 tahun ni tapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya journey dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Akui Shakilla atau nama lengkapnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, mendidik anak seorang diri bukanlah satu perkara mudah, namun dia tetap melihat semua cabaran itu sebagai kekuatan untuk terus bangkit.

Sekali gus menganggap dunia ‘parenting’ masa kini menuntut keseimbangan antara disiplin, tanggungjawab dan kasih sayang.

“Menguruskan Ameena sorang bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ni aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ni.

“Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang kadang macam jadi orang suruhan bila masa waktu main dengan kawan yang lain.

“Nak mendidik anak dalam dunia sekarang tak senang kan? Nak balancekan dia hidup berdikari, displin, hormat, tanggungjawab basic kehidupan dan macam-macam. Tapi insyaa-Alla sebagai parents, berjuang lah kita untuk suatu masa ni untuk anak-anak.

“Banyak yang kena korbankan. Betul. Banyak yang aku korbankan untuk Ameena. Tapi aku yakin, aku mungkin banyak kalah dan lelah sekarang tapi Insyaa-Allah bantu panjangkan doa aku yang seorang pendosa ni untuk Ameena Sofia,” jelasnya.

Di akhir perkongsian, Shakilla turut menyampaikan penghargaan kepada keluarga, rakan serta pihak sekolah yang sentiasa menyokongnya sepanjang perjalanan membesarkan Ameena.

“Perjalanan Ameena masih panjang. Umi tak tahu nak rasa apa. Tapi Umi bangga jadi Umi Ameena.

“Hari ni Umi berjuang bukan seorang tapi ada ramai dekat belakang Umi yang menyokong dan ada untuk kita. Terima Kasih semua,” luahnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Fri, 30 Aug 2019
Cahaya Mata Wed, 17 Aug 2022

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Ramai yang cakap Mira Filzah seorang ibu yang kuat dan dijadikan inspirasi buat ibu yang bekerjaya 😍

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS […]

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Jun Ji Hyun Dijangka Bersalin Januari 2018

Katanya bakal menimang baby boy , Jun Ji Hyun bakal bersalin bulan depan

error: Content is protected !!