Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 9, 2025 @ 7:48pm

“Ramai Peminat Luar Negara, Khususnya Negara Jiran Bertanya Mengenai…” – Siti Nurhaliza Komited Promosi Pelancongan Kesihatan Malaysia

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan ramai peminat khususnya dari negara jiran Indonesia dan Singapura bertanya mengenai rawatan perubatan di Malaysia.

Sebagai seorang figura yang dikenali oleh peminat serantau, Biduanita Negara ini komited untuk mempromosikan kehebatan perubatan Malaysia pada peringkat antarabangsa melalui pelbagai platform media dan penampilan rasminya.

Dilantik sebagai duta jenama bagi Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia (MYMT) 2026 sejak Julai lalu, pelantun lagu Rencong ini memberitahu usaha promosi telah digerakkan melalui penerbitan video, perkongsian maklumat serta hebahan positif mengenai keupayaan hospital dan kepakaran perubatan negara.

“Saya rasa pelantikan sebagai duta ini sebagai satu tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila saya dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sebagai figura yang dikenali, saya berharap dapat membantu memperluaskan capaian kempen promosi MYMT melalui platform-platform media dan kemunculan kepada peminat serantau.

“Ramai peminat serta kenalan luar negara sering bertanyakan pandangan mengenai hospital swasta tempatan termasuk mereka yang datang hanya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada XTRA.

Siti ditemui pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Hospital Pelancongan Perubatan Utama Malaysia 2025 di Damansara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pelantun lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu ini turut menyifatkan perkembangan berkenaan menjadi petanda Malaysia semakin diiktiraf sebagai destinasi rawatan dan pelancongan yang dipercayai.

Bercakap mengenai rawatan pilihan pelancong kesihatan, Siti berbangga kerana Malaysia memiliki kepakaran bertaraf global, terutamanya dalam rawatan jantung, kanser serta persenyawaan in-vitro (IVF).

Pengalamannya sendiri melalui proses IVF menjadikannya sumber rujukan kepada ramai wanita dari Malaysia dan Indonesia yang mencari panduan berkaitan rawatan kesuburan.

Menurutnya, kunjungan ke beberapa hospital utama dalam negara membuka ruang untuk melihat secara dekat tahap kepakaran serta teknologi yang ditawarkan.

Ia sekali gus mendorongnya berkongsi maklumat dengan individu yang memerlukan rawatan khusus dan sedang mencari tempat yang sesuai.

Mengulas promosi MYMT 2026, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengajak rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kerana usaha ini mampu menyumbang terus kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain rawatan perubatan, sektor kecantikan, penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat kini menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa, menjadikan Malaysia berada pada posisi strategik sebagai hab serantau.

“Kalau kita sendiri tidak menyokong industri kesihatan negara, siapa lagi?

“Saya juga yakin Malaysia mampu menjadi pusat rawatan dan hab terbaik dunia melalui gabungan kepakaran, destinasi menarik dan tawaran pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Mar 2021

Moratorium Berakhir Mac Ini, Moratorium Menyeluruh Disarankan Buat..

Umum maklum, moratorium secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bakal berakhir Mac ini. Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan […]

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

“Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Terjadi”- Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Bella Dally berkongsi tips ‘move on’ menerusi beberapa video di laman Instagramnya. Apa yang dikongsikan oleh Bella? Layari www.xtra.com.my

Featured Tue, 19 Aug 2025

Azhar Sulaiman Persoal Keberadaan Derma Ratusan Ribu Ringgit Buat Mangsa Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Beratus ribu ringgit juga lah Behar tolor salurkan kepada tahfiz kelolaan ustaz di Bukit Keramat,”

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Belajar Tak mencemuh Makanan, Fazley Yaakob Minta Netizen Bersabar -“Tak Perlu Sombong Rasa Macam Korang Terpaling Juri Masterchef”

Datuk Fazley Yaakob menasihatkan agar orang ramai lebih bersabar dan tidak mencemuh makanan terutamanya ketika membeli atau berbuka puasa di luar.

Hiburan Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Tue, 3 Sep 2024

Ada Yang Dengki Abby Abadi Kembali Aktif Berlakon, Ini Respons Empunya Badan – “Hitam Sangat Hati Tu…”

Sebelum ini Abby pernah cakap akan berlakon semula sekiranya dapat watak bernilai di sisi Allah, mungkin drama ini? Nantikannnnn!

Trending Wed, 7 Aug 2019

Kenapa Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita?

Kenapa ya sampai begitu sekali ,mesti ada yang tak kena kan?

error: Content is protected !!