Euforia Bola 2026
Trending By: Afiq Kandi December 11, 2025 @ 12:15pm

Tur SAMA SAMA Hidupkan Idea Live Arena Dengan 2,500 Penonton

Pertunjukan muzik Tur SAMA SAMA yang menghimpunkan lima artis popular Indonesia Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf telah mencuri perhatian seramai 2,500 penonton di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 lalu.

Dianjurkan bersama oleh Expoindo, Thrive dan Tiga Dua Satu, serta disokong oleh Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia, pertunjukan berdurasi 2 jam 30 minit ini menampilkan konsep persembahan kolektif yang penuh harmoni dan bertenaga.

Acara dibuka dengan Medley Lagu Cinta sebelum kelima-lima artis tampil bergilir dengan segmen solo masing-masing.

Antara lagu yang mencuri tumpuan termasuk Jatuh Suka (Tulus), Konon Katanya (Kunto Aji), Puspa (Dere), Pilu Membiru (Idgitaf) dan Mesra-Mesranya (Sal Priadi).

Suasana bertambah meriah apabila mereka bergabung dalam kolaborasi eksklusif seperti Tujuh Belas x Saudade, Mercusuar serta Akan Kukenang yang meninggalkan kesan mendalam kepada peminat.

Pertunjukan ditutup dengan mash-up khas SAMA SAMA dan Gala Bunga Matahari, menandakan penghujung malam penuh emosi, energi dan simbolik persahabatan lima bintang muzik Indonesia ini.

Pertunjukan muzik Tur SAMA SAMA sekali lagi membuktikan kekuatan muzik Nusantara dalam menyatukan peminat dari pelbagai latar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapten JT 610

Juruterbang itu juga dikatakan mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Hiburan Wed, 13 Sep 2023

Bilal Bakal Masuk Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dibenarkan Akses CCTV Sekolah

Memang bagus kalau boleh akses CCTV terus.. Awww kejap je masa tetiba Bilal dah nak pegi school!

Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Featured Wed, 20 Mar 2024

“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Begitulah seorang ibu, sakit mana pun hatinya bab anak mesti nak yang terbaik😥🤧

Trending Wed, 24 Feb 2021

Riena Diana Kini Penyampai Geng Pagi Hot FM

Akak Lailer dah jadi Geng Pagi Hot, confirm letup!

Featured Tue, 4 Jan 2022

Juliana Evans Tersenarai Sebagai Individu Berjaya Di Malaysia 2021

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, 32, tersenarai sebagai Individu berjaya di Malaysia pada tahun 2021 berdasarkan sebuah ensiklopedia biografi terbitan Britishpedia. Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans memaklumkan perkara ini merusi […]

Featured Sat, 12 Apr 2025

Jeslina Hashim Kekok Dipanggil Che Puan – “Panggil Jes Sahaja”

Katanya, dia lebih selesa apabila orang memanggil namanya sahaja.

error: Content is protected !!