Euforia Bola 2026
Trending By: Afiq Kandi December 11, 2025 @ 12:18pm

Exists Tidak Rancang Jemput Mamat Di Konsert PJ, Fokus Persembahan Bersama Ezad

Kumpulan Exists mengesahkan bahawa mereka tidak bercadang menampilkan bekas vokalis, Mamat dalam Konsert Exists Premium Live @ Petaling Jaya yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini.

Exists yang dianggotai Ezad (penyanyi), Along (gitar), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (dram) menjelaskan keputusan itu dibuat bagi menghormati peminat yang hadir khusus untuk menyaksikan persembahan utama bersama Ezad.

Menurut Musa, menampilkan Mamat secara mengejut boleh menimbulkan persepsi tidak adil kepada peminat yang sudah bersedia menantikan persembahan Ezad.

“Kalau kita buat kejutan, ia jadi ‘unfair’ untuk peminat Mamat juga. Dia pun tak bersedia dan pastinya peminat mahu lebih daripada itu.

Lebih baik kami rancang satu konsert reunion tahun depan yang menghimpunkan semua termasuk Mamat, Shah (Slam) dan Joey Daud sekiranya mereka sudi,” jelasnya.

Exists ditemui ketika menghadiri Jamuan Makan Durian Bersama Media di Durian King TTDI sebagai sokongan terhadap pemilik perniagaan tersebut yang kembali beroperasi selepas lebih 14 bulan terkesan isu lesen.

Musa menambah, meskipun fokus konsert kali ini adalah lagu-lagu Exists bersama Ezad, mereka tetap menyelitkan kira-kira 20 peratus lagu nyanyian Mamat bagi memenuhi permintaan peminat yang merindui karya era awal Exists.

Namun, majoriti lagu dipilih berdasarkan cadangan peminat setia yang mahukan lebih ruang untuk karya Exists bersama Ezad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Jangan Gebang Acah Sangat, Nanti Kena Juga” – Ammar Alfian Titip Pesanan, Akui Kifarah Itu Benar

Ammar mengakui dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan.

Trending Tue, 2 Jul 2024
Featured Thu, 12 May 2022

Noor Nabila Mohon Doakan Kebahagiaannya Bersama Engku Emran

Aidilfitri yang bermakna buat Noor Nabila

Hiburan Sun, 8 Sep 2024

Sabronzo Nafi Bercinta Dengan Ahli Politik

Video viral tu nampak mirip Sabronzo tapi bukan ye guyss

error: Content is protected !!