Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2026 @ 10:06am

“Jangan Gebang Acah Sangat, Nanti Kena Juga” – Ammar Alfian Titip Pesanan, Akui Kifarah Itu Benar

Pelakon, Ammar Alfian mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir individu yang gemar menghakimi orang lain di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Ammar berkata tiada manusia yang sempurna dan setiap orang mempunyai kisah silam serta kelemahan tersendiri.

Menurutnya, sesiapa yang memilih untuk menjalani kehidupan secara terbuka perlu bersedia berdepan kemungkinan kisah lama kembali menjadi perhatian umum.

“Tiada siapa yang sempurna. Setiap orang mempunyai rahsia dan kisah silam masing-masing. Apabila kita memilih untuk hidup di mata umum, segala perkara yang disimpan itu mungkin akan kembali menghantui suatu hari nanti.

“Ada yang menganggapnya sebagai karma, tetapi sebagai umat Islam, kita memanggilnya kifarah. Kehidupan mempunyai cara tersendiri untuk merendahkan ego dan menyedarkan kita,” katanya.

Dalam masa sama, Ammar mengakui dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan.

Katanya, pengalaman lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dalam setiap percakapan dan penulisan yang dikongsikan kepada umum.

“Saya sudah belajar tentang perkara itu berkali-kali, lebih daripada apa yang saya mahu akui. Sebab itu, lebih baik kita berhati-hati dengan apa yang ditulis dan diperkatakan kerana tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

Tidak hanya itu, Ammar turut menitipkan pesanan ringkas kepada netizen agar tidak terlalu yakin atau berlagak seolah-olah diri sentiasa berada di pihak yang betul.

“Senang cerita, jangan gebang acah-acah sangat la nanti mesti kena juga,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Dibelasah -“Berapa Kali Kau C*kik Aku, Sampai Pengsan! Lepastu Tamp*r Aku”

Artikel Berkaitan: Ammar Alfian Nafi Tuduhan P*kul Wanita – “Cukup-Cukuplah Jadikan Saya Mangsa Cerita Lama!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jun 2025
Featured Wed, 23 Apr 2025

Isteri Edika Yusof Akhirnya ‘Buka Mulut’, Dedah Suami Banyak Kali Lafaz Talak & Angkat Sumpah Laknat

Edika telah menafikan semua dan telah mengangkat sumpah laknat pada Januari.

Featured Tue, 1 Aug 2023

“Mak Nak Sangat Baju Putih… ” – Luah Rasa Sebak Di IG, Ubai MZ Reda Permergian Ibu Tercinta

Al-fatihah😥 Moga segala urusan ubai dan sha dipermudahkan🌹

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Fizz Fairuz Kini DiGelar Datuk

Fizz Fairuz dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Siapa Penyanyi Terkenal Yang Baru Ada Akaun Instagram?

Baru dibuka enam hari, penyanyi berusia 48 tahun itu sudah memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

error: Content is protected !!