Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:51am

Facebook Perlu Buat Permohonan Maaf Atas Kegagalan Mereka Mengawal Kiriman Berbaur Kebencian

Tahun 2018 ini boleh dikatakan sebagai zaman kegelapan bagi laman media sosial terkemuka, Facebook. Sejak didedahkan terlibat dengan skandal penyalahgunaan data pengguna yang berlaku kira-kira dua tahun yang lalu, orang ramai sudah mula memandang serong kepada mereka.

Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Facebook kini semakin diambil serius walaupun sebelum ini ianya langsung tidak diambil peduli. Terbaru, mereka telah didesak untuk memohon maaf atas kegagalan mereka untuk menyekat kiriman berbaur kebencian seperti perkauman serta penderaan kanak-kanak.Seorang wartawan penyiasat yang sedang menyamar mendedahkan moderator bagi pihak Facebook telah diarahkan untuk tidak menyekat kiriman sedemikian malah gagal dalam memberi tindak balas terhadap laporan yang dibuat oleh pengguna ke atas kiriman-kiriman tersebut.

Tambahan lagi, Facebook dikatakan memberikan layanan yang berbeza kepada kumpulan dan laman Facebook yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan dan agensi berita di mana mereka lebih bebas dalam membuat apa jua bentuk kiriman.

Perkara ini menjadi persoalan kerana Facebook sebelum ini diminta agar melonggarkan sedikit sekatan dan kawalan mereka terhadap kiriman yang dibuat oleh pengguna. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka serius atau tidak dalam melaksakan polisi mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 18 Jul 2018

MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet

MediaTek boleh dikatakan banyak menawarkan cip pemprosesan dalam segmen bajet dan pertengahan. Semalam, sebuah lagi cip dalam keluarga bajet dikeluarkan yang mana ia dibangunkan bagi memberi saingan kepada Snapdragon siri 400 dari Qualcomm. Dikenali sebagai Helio A22, […]

TECH Sat, 14 Dec 2019

Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj SST Sebanyak 6%

Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula tahun 2020

Automobile Mon, 20 May 2019
Automobile Mon, 26 Mar 2018

Sah! Uber Kini Milik Grab

Di bawah perjanjian itu, Grab akan memperoleh semua operasi Uber di kawasan yang mempunyai seramai 620 juta orang, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan UberEats.

TECH Thu, 25 Oct 2018

Media Prima与DailyMotion合作!电视节目全球化

来西亚最大的综合媒体集团——首要媒体有限公司更上一层楼,与视频共享平台Dailymotion联手合作,把首要媒体电视节目内容上载至其串流平台,供全球每月超过3亿的用户观赏。

Automobile Fri, 15 Mar 2019

亚洲规模最大GT盛事!China GT雪邦站时间表

China GT(中国超级跑车)锦标赛首冲出中国,3月15到17日在马来西亚雪邦赛道举行「亚洲GT赛车节」打响第一炮!

TECH Tue, 3 Apr 2018

Kunci Windows Menggunakan Telefon Pintar

Windows 10 telah memperkenalkan satu kaedah unik untuk mengunci windows sekiranya pemiliknya beredar ataupun berjauhan Pada PC ketika sedang melakukan kerja. Maklumlah, risau juga untuk membiarkan windows yang tidak berkunci ditempat terbuka. Sistem ini dinamakan Dynamic […]

TECH Thu, 19 Jul 2018

Instagram Uji Ciri Pengesahan Dwi Faktor Berasaskan Token

Instagram ketika ini menggunakan pengesahan dwi faktor berasaskan sistem pesanan ringkas (SMS). Ia lebih baik berbanding pengesahan faktor tunggal tetapi masih terdapat kerisauan jika pihak lain mempunyai akses jarak jauh kepada sistem mesej anda, dimana […]

TECH Fri, 20 Jul 2018

Apple Mengakui Getah Membran Di Dalam Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Untuk Menghalang Debu Dari Memasuki

Apple akhirnya mengakui sendiri yang getah membran yang diletakkan di bawah keycaps untuk papan kekunci MacBook Pro 2018 adalah untuk menghalang habuk dari memasukinya. Sebelum ini mereka berkata penambah baikan tersebut adalah untuk membuatkan sesi menaip pengguna […]

TECH Fri, 5 Jan 2018

Telefon Pintar Apa Paling Laris Di China Untuk 2017

China dan telefon pintar bagai aur dengan tebing. Kita semua tahu China merupakan negara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Antaranya adalah Xiaomi, Meizu, OnePlus, Oppo, Honor, Huawei, dan banyak lagi nama lain.

error: Content is protected !!