Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:53am

MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet

MediaTek boleh dikatakan banyak menawarkan cip pemprosesan dalam segmen bajet dan pertengahan.

Semalam, sebuah lagi cip dalam keluarga bajet dikeluarkan yang mana ia dibangunkan bagi memberi saingan kepada Snapdragon siri 400 dari Qualcomm.

Dikenali sebagai Helio A22, ia direka berasaskan ARM teras Cortex-A53 dan menggabungkan GPU PowerVR GE dari Imagination.

Selain itu, syarikat juga menjelaskan bahawa cip pemprosesan terbabit 30% lebih pantas dan menawarkan 72% peningkatan terhadap prestasi GPU berbanding cip pesaing yang tidak dinamakan.

Perbandingan yang dibuat antara Helio A22 dengan Snapdragon 429 mendapati kelajuan maksimum cip MediaTek itu mencecah 2GHz, 0.05GHz lebih pantas.

Disamping itu, ia juga memberi penambahbaikan pada kamera dimana ia menyokong satu sensor sehingga 21MP atau dwi lensa 13MP+8MP.

MediaTek Helio A22, sudah mula dibekalkan kepada pengeluar telefon pintar dan antara peranti terawal yang sudah dilengkapkan cip terbabit adalah Xiaomi Redmi 6A.

Sumber: MediaTek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 8 Jan 2018

Tips Sekat Laman Sesawang lucah pada Peranti Pintar Anak – Anak

Risau anak-anak melayari laman sesawang lucah tanpa pengetahuan anda? Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh ibubapa sementelah membenarkan anak-anak menggunakan peranti pintar.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Apple Mahu Wujudkan Kerjasama Strategik Dengan Hewlett Packard Enterprise

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan satu kerjasama strategik business-to-business(B2B) dengan syarikat Hewlett Packard Enterprise(HPE). Ianya tersebar secara meluas apabila Apple memuatnaik satu iklan jawatan kosong di laman LinkedIn dan perkara itu disedari oleh pihak The Register. […]

TECH Sat, 18 Aug 2018

Cara Mudah Mengubah Format dan Saiz Video

Kepada anda yang masih tercari – cari cara untuk mengubah format video ataupun mengecilkan saiz asal, berikut kami kongsikan cara -caranya.

TECH Tue, 15 Oct 2019

为何人到中年容易发福?

人到中年为何容易发福?这可能与脂肪组织中的「脂质周转」有关……

TECH Sat, 27 Oct 2018

Cara Mengatasi Masalah Simkad Tak Aktif Pada Modem

Bagaimana untuk mengatasi masalah Simkad tidak aktif pada Modem

TECH Sun, 10 Feb 2019

Youtube Vanced, Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Siapa yang kaki Youtube mungkin dah familiar dengan aplikasi ini, tapi bagi yang baru dengar, ini aplikasi Youtube sebenar untuk anda.

TECH Sat, 29 Jun 2019

5 Platform Penguji Kelajuan Internet Yang Anda Boleh Gunakan

Banyak platform yang ditawarkan dan ini merupakan 5 penguji kelajuan internet yang terbaik anda boleh gunakan.

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Fri, 9 Nov 2018

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Adakah anda ingin dapatkan semula mesej lama dalam aplikasi Whatsapp anda?Ketahui caranya di sini.

TECH Sun, 15 Jul 2018

Jemaah Haji Tahun 2029 Mungkin Dilengkapi Dengan Peralatan Canggih

Kepesatan teknologi di era moden ini sememangya banyak membantu kita dalam mengharungi aktiviti seharian. Perkara-perkara yang sebelum ini dianggap sukar kini lebih mudah dengan kehadiran ciptaan serba canggih. Tidak mahu ketinggalan dalam arus teknologi tersebut, […]

error: Content is protected !!