Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2025 @ 8:30am

Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”

Ketegangan antara Dr. Afifah atau lebih mesra dipanggil Dr. Fie dan bekas suaminya yang juga penyanyi Nubhan, kembali menyorot perhatian selepas wanita itu berkongsi hantaran di platform Threads miliknya.

Kata Dr. Fie, Nubhan hadir membuat kejutan bersama pembantu rumahnya melawat anak mereka yang kini sedang berada di sebuah hospital.

Bagaimanapun, tindakan tidak beradab pembantu rumah tersebut menimbulkan rasa kurang senangnya dek kerana berani mencium bibir anak lelaki mereka tanpa menggunakan pelitup muka.

“Bekas suami buat kejutan hari ni melawat di hospital. Tapi dia sekali pembantu rumah bersama.

“Yang mengejutkan, pembantu rumah tersebut siap cium bibir anak lelaki saya tanpa memakai pelitup muka. Saya rasa hari ni semakin baik rupanya jadi bitter,” katanya.

Berang dengan kejadian yang berlaku, Dr. Fie tampil mempersolakan tindakan Nubhan yang dilihat hanya berdiam diri dan tidak menegur atau menghalang pembantu rumahnya itu sekali gus mengelarkan bekas suaminya sebagai ‘gila’.

“Saya dah tegur. Lepas tu dah marah sikit pun tak cakap maaf.

“Buat muka senyum-senyum macam dia lah terpaling sayang anak kita. Pelik lah tak boleh ‘brain’.

“Saya rasa bekas suami saya gila,” jelasnya.

Sekadar info, Dr. Fie dan Nubhan sah bercerai talak dua pada 2 Disember lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025
Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Trending Sat, 14 Nov 2020
Trending Thu, 21 Jun 2018

Media Prima Sedia Siar Program Debat Calon Presiden UMNO

Tambahnya, saluran TV3 khususnya mengalu-alukan program berkenaan jika diberi kebenaran menyiarkan secara langsung di televisyen, malah bersedia meluaskan siaran langsung di media sosial seperti YouTube.

Featured Wed, 17 Dec 2025

Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi senarai ‘pet peeves’ atau perkara kecil yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kehidupan sehariannya.

error: Content is protected !!