Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 3, 2023 @ 2:58pm

Suami Fail Cerai Selepas 28 Tahun Berkahwin, Madu Dakwa Dah Lama Tak Pulang Ke Rumah Sejak Nikahi Miera Leyana?

Madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib tetap mahu mempertahankan rumah bersama suaminya, Rosland tangga meski rumah tangga dilanda masalah sejak 2021.

Memetik laporan mStar, dirinya yakin berada di pihak benar dan hanya meminta agar suami menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti,” katanya.

Sementara itu, Adibah mendakwa suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Malah, dia memberitahu tiada perbincangan dilakukan antara mereka bagi menyelesaikan masalah sehingga perlu di bawa ke mahkamah.

“Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini.

“Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung,” ujarnya.

Pada Selasa, Adibah dan Rosland hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) rumah tangga mereka.

Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya, Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.

Sebelum ini, Adibah mendedahkan Rosland bertindak mengambil anak keempat mereka iaitu Nur Anisa tanpa pengetahuannya dan kini tinggal bersama suami.

“Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia.

“Dia masih berstatus suami saya jadi tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” jelasnya.

Untuk rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Pada 25 Julai 2020, Rosland menikah satu lagi dengan Miera dan memiliki seorang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Featured Sun, 23 May 2021

‘Tak Kemaruk Soal Cinta, Tak Gelabah Fikir Jodoh, Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Muslimah’

Penyanyi dan aktivis Heliza Helmi tidak asing lagi dalam  memperjuangkan misi kemanusiaan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen dnamun beliau masih aktif dalam pelbagai misi kemanusiaan dalam menghulurkan bantuan buat rakyar di Syria dan Palestin. […]

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Penyanyi K-Pop Goo Hara Ditemui Mati

Polis masih menyiasat punca kematian Goo.

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Mahu Karya Berkualiti, Reyhana Buktikan Dia Bukan Penyanyi Tangkap Muat

Cayalah Reyhana! Biar lambat, asalkan power…

error: Content is protected !!