Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 14, 2025 @ 10:35am

Hana Ismail Ambil Keputusan Besar, Rehat Panjang Dari Dunia Pengacaraan Demi Keluarga – “Da’i Syed Nasihat Supaya Saya…”

Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila memilih untuk berehat buat tempoh yang panjang daripada dunia pengacaraan demi memberi keutamaan kepada keluarga.

Hana atau nama penuhnya, Nurulhana Ismail, 39, mengakui keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah, namun dibuat selepas mendapat nasihat suaminya agar memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak yang masih kecil.

Menurut Hana, penglibatannya dalam dunia pengacaraan akan dihentikan buat sementara waktu kerana mahu berada lebih dekat dengan keluarga, selain memberi perhatian kepada bayi dan perniagaan yang diusahakannya.

“Sebenarnya saya ingin maklumkan saya mungkin akan berehat lama selepas ini dan tidak lagi menerima tawaran sebagai pengacara.

“Semalam merupakan hari terakhir saya kerana mahu fokus kepada keluarga. Anak-anak saya masih kecil dan suami menasihatkan supaya saya memberi perhatian kepada bayi terlebih dahulu,” katanya.

Hana berkata demikian ketika ditemui pada majlis ilmu Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Tambahnya, perancangan untuk kembali aktif dalam bidang pengacaraan hanya akan dipertimbangkan apabila anak-anaknya sudah membesar dan mampu menguruskan diri sendiri.

Namun begitu, Hana tidak menolak kemungkinan untuk kembali menerima tawaran sekiranya terdapat permintaan yang bersesuaian pada masa hadapan.

“Berat untuk saya membuat keputusan ini kerana mengacara adalah sesuatu yang sangat saya minati. Saya suka menghadiri majlis ilmu dan mengendalikan program sebegini.

“Tetapi saya percaya ganjaran yang lebih besar menanti jika saya memilih untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, Hana berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua.

Untuk rekod, Hana dan Da’i Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Wed, 12 Nov 2025

Berjaya Ukir Senyuman Penonton, Filem The First Ride Angkat Tema Persahabatan & Impian

Diarahkan oleh Nam Dae-jung, filem ini menampilkan barisan pelakon popular termasuk Kang Ha Neul, Kim Young Kwang, Cha Eun Woo, Kang Young Seok & Han Sun Hwa.

Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

Hiburan Fri, 8 May 2026

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Events Sun, 7 Apr 2019
Hiburan Tue, 24 Feb 2026
Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023

Tampil Pertahankan Isteri Kedua, Alif Teega Perjelas Fatin Umaidah Tak Ada Akaun Media Sosial

Tak pasal pasal ramai betul yang ambil kesempatan buat fake akaun Fatin Umaidah ek

Trending Tue, 28 May 2019

胖不是你的错!肥胖还有等「坏基因」也会遗传

健康的身体人人都希望有,但您知道吗?高度近视、喝水就会胖、明明体重正常却有高血脂、恼人的过敏等症状,都很有可能是父母遗传给您的!

Filem Fri, 2 Jun 2023
error: Content is protected !!