Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2025 @ 1:51pm

Fazley Yaakob Tegur Netizen Gelar Khairul Aming ‘Gagal’ – “Fikir Balik! Yang Gagal Tu Korang Sebab Doakan Orang Tak Berjaya”

Penyanyi dan Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur sikap segelintir netizen yang melabel personaliti dan usahawan terkenal, Khairul Aming, sebagai ‘gagal’ susulan pembukaan restoran Rembayung miliknya tidak lama lagi.

Menurut Fazley, tanggapan negatif tersebut disifatkan sebagai tidak adil dan tidak mencerminkan realiti sebenar usaha keras yang dilakukan Khairul Aming.

“Guys! Buat geng-geng yang non stop cakap KA & Rembayung tu konsep yang gagal, think again. Yang gagal tu bukan dia. Tapi anda yang tiba-tiba bagi rating 1 bintang.

“Kau orang yang belum apa-apa dah tak nak pergi sebab parking susah,” katanya.

Mengulas lanjut, Fazley berkata,  ada pihak yang mempertikaikan kelayakan Khairul Aming sebagai cef sekali gus meletakkan harapan tidak munasabah terhadap restoran berkenaan.

Paling menyedihkan, sikap segelintir netizen yang mengharapkan kegagalan orang lain sebagai sesuatu yang wajar diberikan teguran.

“Kau orang yang kata KA bukan Chef food belum tentu sedap, kau orang yang request bilik susu baby macam tempat tu shopping mall, kau orang ni yang layak di gelar “Gagal” sebab mengharapkan insan yang gigih berusaha tu tak berjaya,” tegurnya.

Diakhir perkongsian tersebut, Fazley mengajak orang ramai untuk mengubah perspektif dan mendoakan kejayaan Khairul Aming agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pihak.

“Jomlah doakan ramai-ramai KA jadi makin kaya supaya boleh tolong lebih ramai orang,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan Fazley sekali gus menganggap sifat hasad dengki memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Melayu khasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Pergh! Tak Sampai 24 Jam, MV Semakin Cecah Tontonan Lebih 250,000

Terbaiklah! Korang dah tonton muzik video Semakin ke belum?

Trending Sat, 13 Jun 2020
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Guna peluang bergelar duta DFKL 2019, apa agaknya rancangan Izzue di program jelajah nanti?

Featured Thu, 22 May 2025
Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Featured Wed, 11 Aug 2021

“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi. Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama […]

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Here’s a New Oppa for Everyone to Fangirl Over; Lui Peng

Okay, he’s not Korean but this Chinese-British hunk will get you going crazy for sure.

Eat Travel Fri, 9 Nov 2018
Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

error: Content is protected !!