Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 16, 2025 @ 8:12pm

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Komited Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta Selama 3 Tahun – “Tuhan Akan Murahkan Rezeki Jika Sentiasa Memberi”

Pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel terus menjadi suri teladan apabila secara berterusan menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta selama tiga tahun berturut-turut menerusi syarikat milik mereka, Wawa Global Sdn Bhd.

Perkara tersebut dimaklumkan sempena Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berlangsung hari ini, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi pasangan itu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan kewajipan agama seiring kejayaan perniagaan yang dibangunkan.

Zakat perniagaan berkenaan disalurkan melalui LZS bagi memastikan proses agihan dapat dilaksanakan secara tersusun dan menyeluruh kepada golongan sasaran termasuk fakir miskin, anak yatim serta individu yang memerlukan sokongan ekonomi berterusan.

Menurut Wawa, kejayaan dalam dunia perniagaan tidak seharusnya dinilai berdasarkan keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan rasa syukur dan kesedaran untuk berkongsi rezeki.

“Setiap rezeki yang dikurniakan Allah sebenarnya ada bahagian untuk orang lain. Zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga satu cara membersihkan harta dan memberi ketenangan hati. Apabila perniagaan berkembang, tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan juga menjadi lebih besar,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Aeril menegaskan pembayaran zakat bukan berkait dengan status sebagai artis, sebaliknya merupakan tanggungjawab setiap Muslim yang berkemampuan.

“Kami tidak meletakkan diri sebagai artis dalam soal ini. Andai bukan artis sekali pun, zakat tetap menjadi tanggungjawab. Mudah-mudahan usaha ini boleh memberi inspirasi kepada selebriti lain. Mungkin ramai yang sudah menunaikan zakat, cuma tidak dikongsikan kepada umum,” katanya.

Tambah Aeril, pendedahan mengenai perkara tersebut dibuat atas permintaan pihak LZS sebagai usaha memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Kami diminta oleh LZS untuk berkongsi perkara ini di media sosial. Bukan niat untuk menunjuk, tetapi harap ia dapat menjadi contoh yang baik. Saya percaya setiap rezeki yang kita miliki ada bahagian orang lain. Apabila kita sentiasa memberi, Allah akan mempermudahkan rezeki, memanjangkan usia dan memelihara keharmonian keluarga,” jelasnya.

Wawa turut menjelaskan bahawa konsistensi menunaikan zakat perniagaan adalah prinsip yang dipegang sejak awal pembabitan mereka dalam bidang keusahawanan.

“Kami bermula dari bawah dan sangat memahami makna kesusahan. Harapan kami agar sumbangan ini benar-benar memberi manfaat kepada asnaf, di samping menjadi asbab keberkatan serta kelangsungan perniagaan yang kami usahakan,” ujarnya.

Sementara itu, pihak LZS turut merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan Wawa dan Aeril, sambil menyifatkan usaha tersebut sebagai contoh terbaik kepada usahawan Muslim dalam menunaikan zakat secara konsisten dan beramanah.

Inisiatif pasangan ini bukan sahaja memberi impak besar kepada golongan memerlukan, malah membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan dan perniagaan mampu bergerak seiring dengan nilai kemanusiaan, keprihatinan sosial dan tanggungjawab agama.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan kewajipan berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta. Antara syarikat lain yang tersenarai sebagai pembayar zakat perniagaan utama termasuk D’Herbs Holding Sdn Bhd, Open University Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan banyak lagi.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan zakat berjumlah RM346,238 kepada golongan asnaf melibatkan bantuan perumahan, perniagaan dan perubatan. Selain itu, Wakalah Majikan Kerajaan turut disampaikan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan LZS dalam memperkukuh kebajikan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tolak Jadi ‘Mangsa’ Depresi…Ini Cara Aman RA

Jom terus Bangkit macam Aman RA!

Featured Wed, 27 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Warganet Anggap Hukuman Denda #JusticeForAlia Tak Memadai, Wanita Dikecam Letak Syarat Tinggi Melebihi 170 cm Cari Suami & Ini Sebab Sebahagian Tempat Blackout

Denda RM20 ribu boleh hilangkan trauma terhadap #JusticeforAlia tak? Wanita dikata ‘demand’ mahu bakal suami tinggi lebih 170 cm? Haa siapa ada alami blackout tadi? Ini 3 topik menarik dalam segment #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Sat, 6 Sep 2025

Marsha Milan Syukur ‘Hening Rindu’ Rangkul Trofi Emas Bagi Kategori Reka Bentuk Bunyi Terbaik Di Anugerah Content Asia 2025

Marsha, 40, menzahirkan penghargaan buat semua yang terbabit dalam pembikinan lagu tersebut.

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Wow! Dah Macam Artis Hollywood, Penampilan Terbaru Nina Iskandar Undang Tanda Tanya

Kalau macam artis Hollywood pun apa salahnya, Nina tetap cantik!

Featured Sat, 14 Feb 2026

“Jangan Sesekali Sakitkan Dia, Jangan Sesekali Nayakan Dia” – Bodyguard Fazura Titip Pesanan Pada Que Haidar?

Que kelihatan mengucapkan syukur di atas kolaborasi yang diberikan bagaimanapun, respons yang ditinggalkan oleh pengawal peribadi selebriti popular, Nur Fazura itu menyorot perhatian ramai.

Hiburan Tue, 18 Feb 2025

“Bila Orang Tegur & Masih Kenal, Saya Segan..” – Malek Noor Selesa Hidup ‘Low Profile’

Datuk Malek Noor memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana.

error: Content is protected !!