Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin December 17, 2025 @ 3:21pm

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Apabila cinta diragut dan keluarga berpaling, seorang wanita kehilangan segalanya dalam sekelip mata.

Itulah konflik utama yang diangkat menerusi drama terbaharu TV3 berjudul, Perempuan Tidak Ternikah yang bakal menemui penonton mulai 17 Disember ini.

Drama sarat emosi mengisahkan Keisya (Elizad Sharifuddin), seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapanya berpisah. Manakala, tunangnya, Adli (Ali Reza), menjadi satu-satunya tempat Keisya bergantung harap apabila ayah kandungnya, Malik (Kaza), cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Namun, kehidupan Keisya terus diuji apabila terbongkar rahsia silam yang dia sebenarnya adalah anak luar nikah.

Lebih menyayat hati, Malik sanggup menuntut wang sebagai syarat untuk menandatangani surat pengakuan pernikahan.

Demi cinta, Keisya dan Adli nekad bernikah di Siam. Namun kebahagiaan itu hanya seketika. Neneknya meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Adli pula maut dalam kemalangan jalan raya.

Kehilangan dua insan tersayang membuatkan Keisya jatuh ke lembah kemurungan, lebih perit apabila keluarga Adli menolak dirinya bersama zuriat yang dikandungnya. Dalam keadaan hampir berputus asa, Keisya diselamatkan oleh Rayyan (Yusuf Bahrin), seorang lelaki yang membantunya bangkit dan memulakan hidup baharu di rumah kebajikan.

Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?

Walaupun benih cinta mula berputik, trauma masa lalu membuatkan Keisya menepis perasaan itu dan memilih untuk melarikan diri.

Bukan sekadar dramam cinta tetapi…

Perempuan Tidak Ternikah bukan sekadar drama tentang cinta yang tidak kesampaian, tetapi kisah tentang maruah seorang wanita dan trauma yang diwarisi.

Ia mengangkat realiti kehidupan yang sering berlaku dalam masyarakat apabila wanita menjadi mangsa keadaan, penganiayaan dan keputusan orang lain.

Sekadar info, drama hebat ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam di slot Akasia TV3.

Menampilkan lakonan mantap Elizad Sharifuddin sebagai watak utama, drama ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Shahz Jaszle, Ali Reza, Raden Zaharatul, Kaza, Sharifah Shahora dan Gabriel Chung.

Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Aug 2024

Kongsi Rutin Harian Bersama Ibu Bapa, Shukri Yahaya Bikin Netizen Sebak! – “Comelnya! Bila Dengan Parents Auto Jadi Budak Kecil”

Alahai, comelnyaaaa! Moga ibu bapa kita semua happy dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik❤️

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Nabila Huda Disangka Penjaga Pintu? Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Ketawa!

Teruja nak ambil gambar dengan Tulus… Ya, muka pertama tu belum bersedia. Yang kedua dah terlebih yakin dan lebih ceria…

Trending Mon, 10 Aug 2020

13 Lagi Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan

Terus jadi masyarakat prihatin dengan patuh SOP!

Trending Wed, 22 Jun 2022

“Saya Dalam Proses Selesaikan Masalah Rumah Tangga” – Syamsul Yusof Bakal Dedah Perkara Sebenar

Syamsul bakal mendedahkan perkara sebenar, mahu selesaikan kemelut rumah tangga.

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Featured Mon, 16 Jul 2018

Tragedi Telur Kari, Isteri Mati Ditembak Suami

Gara-gara enggan memasak kari telur seperti yang diminta oleh suami, seorang wanita mati ditembak.

error: Content is protected !!