Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 26, 2019 @ 12:46pm

Jangan peningkan kepala tukang jahit, ini tip berguna untuk beli kain pasang

Pernahkah anda mengalami situasi di mana kain yang dihantar kepada tukang jahit tidak mencukupi atau mungkin tidak dapat disiapkan seperti design yang anda inginkan. 

Bayangkan situasi tersebut berlaku ketika anda membuat tempahan untuk baju raya atau mungkin majlis hari bahagia anda, sudah pasti anda akan stres bukan jika baju tidak dapat disiapkan? Lebih-lebih lagi jika kain tersebut dibeli di luar negara, sudah menjadi satu hal pula nak terbang ke sana semula.

Justeru, amat penting untuk anda mengetahui mengapakah hal ini berlaku. Disebabkan itu, perkara penting yang perlu difahami terlebih dahulu adalah ukuran kain. Di sini H&H kongsikan panduan berguna untuk anda membeli kain pasang.

beli kain baju raya

Foto: Envato Elements

1. Ketahui ukuran kain

Ramai yang keliru dengan ukuran ela atau meter. Inilah punca utama kain yang dibeli kemudiannya tidak mencukupi untuk dijahit. Ela ialah unit ukuran Inggeris untuk panjang manakala meter pula merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Untuk pengetahuan anda, ukuran 4 ela tidak sampai pun 4 meter iaitu lebih kurang 3.6 meter sahaja.

Perlu diingatkan juga kain pasang yang siap digunting selalunya berukuran 4 ela dan bukannya 4 meter. Dalam erti kata lain, hati-hati jika anda membeli kain pasang yang siap dipotong atau dibeli secara online. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki badan gempal atau bersaiz besar kerana khuatir kain yang dibeli tidak mencukupi. 

tip beli kain pasang

Foto: Donna

Selain itu, anda juga tentunya perndah dengar mengenai kain bidang 45 dan 60 bukan? Ia adalah ukuran lebar kain di mana bidang 45 mempunyai ukuran 1 meter 6 sentimeter manakala bidang 60 mempunyai ukuran 1 meter 21 sentimeter. 

Kebiasaannya, jika anda membeli kain dengan bidang 45, anda perlu membeli 4 meter untuk panjang kain bagi menghasilkan sepasang baju kurung bersaiz sederhana besar.

2. Tanya pendapat tukang jahit

Ya, anda perlu tanya kepada tukang jahit anda dan bukannya jurujual di kedai kain mengenai ukuran kain yang betul. Hal ini kerana, tukang jahit anda lebih memahami dan mengetahui saiz ukuran badan serta jenis rekaan busana yang anda inginkan.

Perlu diingatkan, setiap rekaan pakaian mempunyai teknik dan cara jahitan yang berbeza. Malah, penggunaan kain juga adalah berbeza daripada satu rekaan dengan rekaan yang lain. Jadi, tanyalah kepada tukang jahit anda kerana kebiasannya, mereka dapat memberikan anggaran tepat berapa meter kain yang diperlukan untuk menghasilkan busana yang ideal.

Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda kerana boleh mengurangkan pembaziran ketika membeli fabrik, malah memudahkan kerja tukang jahit dan mempercepatkan proses menyiapkan busana yang anda tempah.

3. Ukuran mengikut saiz badan

Ini ialah tip berguna jika anda mahu membeli kain. Jika badan anda bersaiz sederhana besar dan gempal, ukuran kain yang perlu dibeli ialah 4 meter setengah bagi bidang 45, manakala untuk bidang 60, beli kain berukuran 4 meter. 

Jika badan anda bersaiz biasa iaitu tidak terlalu gemuk atau besar, anda hanya memerlukan kain 4 meter dengan bidang 45 atau 3 setengah meter sahaja bagi bidang 60. Walau bagaimanapun perlu diingatkan, jika anda mahu membuat busana selain baju kurung atau anda membeli kain yang mempunyai corak berkaki atau berjalur, anda perlulah membeli 4 meter suku ke atas untuk bidang 45 dan 60 bergantung pada rekaan baju anda.

Bagi saiz kanak-kanak pula, anda hanya perlu beli kain 2 meter sahaja untuk kanak-kanak berusia bawah lima tahun manakala bagi usia enam hingga 12 tahun, beli kain berukuran 3 hingga 3.5 meter. Sementara itu, bagi usia 12 tahun ke atas beli 3.5 hingga 4 meter mengikut saiz badan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sri2u.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Apr 2025

Tomok Sambung Master Di UPSI, Janji Buat Yang Terbaik – “Selalu Ayah & Ibu Hantar Anak-Anak, Ni Terbalik Pula”

Tomok mendaftarkan diri secara sepenuh masa dalam bidang Muzik Dan Seni Persembahan.

Featured Thu, 4 Sep 2025
Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

Oh Lawa Wed, 17 Oct 2018

7 Fakta Menarik Tentang Cukur Bulu Badan Yang Perlu Anda Tahu

Fungsi bulu badan adalah mengawal suhu badan.

Featured Mon, 5 Sep 2022

“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Biasalah kena lah tegas dalam mendidik anak-anak kan nanti manja pulak..

error: Content is protected !!