Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 19, 2025 @ 8:09pm

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

Masih belum menemui calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, pelakon dan usahawan, Syahir Shafein mendedahkan hasratnya untuk berkahwin pada usia 30 tahun terpaksa ditangguhkan.

Syahir yang kini berusia 30 tahun mengakui sebelum ini dia merancang untuk menamatkan zaman bujang tahun ini, namun terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya belum tiba.

“Tekanan itu memang ada, terutamanya bila balik kampung. Saudara-mara pasti akan bertanya bila masanya saya nak kahwin.

“Saya hanya mampu cakap bahawa saya sedang berusaha. Kadang-kadang orang tak nampak prosesnya, tapi doa dan usaha tetap diteruskan,” katanya.

Buat masa ini, fokus utama Syahir adalah memastikan kerjayanya kukuh dan masa depannya stabil sebelum memikul tanggungjawab sebagai suami.

“Tahun ini banyak mengajar saya tentang hala tuju hidup dan kerjaya. Kalau nak masuk ke fasa seterusnya, saya mahu pastikan semuanya berada dalam keadaan stabil terlebih dahulu,” ujarnya.

Mengakui kini lebih realistik dengan perancangan hidup, Syahir berkata sasaran dirinya pada 2025 dan 2026 adalah membina aset.

“Saya tengah usaha nak dapatkan rumah pertama dan kereta idaman. Itu antara keutamaan sekarang. Sebelum fikir soal perkahwinan, saya nak pastikan saya mampu tawarkan kestabilan dan keselesaan kepada bakal pasangan,” jelasnya.

Walaupun belum bertemu cinta hati, Syahir yakin masa yang sesuai akan tiba apabila semuanya telah diatur dengan baik.

“Saya bukan menolak atau terlalu memilih, cuma belum bertemu orang yang benar-benar sesuai. Kalau sudah tiba masanya, saya percaya Allah akan temukan dengan individu yang tepat.

“Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing, ada yang kahwin awal dan ada yang lambat. Saya ikut rentak hidup saya, yang penting saya terus berusaha,” katanya lagi.

Dalam perkembangan kerjaya, Syahir kini sedang menjalani penggambaran drama Impiana dan Perempuan Tak Ternikah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Macam Budak Sekolah Menengah! Hael Husaini Dipuji Nampak Makin Muda

Makin tua makin nampak muda pulak dia! Kongsi la petua sikit, Hael😃😀

Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Hiburan Wed, 2 Oct 2024

“Saya Hanya Berkongsi Cerita, Bukan Mengejar Populariti” – Zara Zya Tak Sangka Kisah Diganggu Makhluk Halus Tular

Takkanlah nak buat main isu ni kan, tapi betul ke ramai yang kena ‘ganggu’ lepas tengok full podcast kisah misteri Zara ni?

Featured Wed, 29 Oct 2025

“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli

Kata Fazura, dia menyeru agar masyarakat berhenti membuat spekulasi dan menilai mana-mana pihak.

Hiburan Fri, 18 Mar 2022
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Serius Lah, Aprena Manrose Dah Kahwin?

Kami tahu ramai yang patah hati bila dapat tahu Aprena dah kahwin kan..

Trending Fri, 16 Nov 2018

Gadis Terdesak Lelong Dara Dengan Harga RM12 Juta?

Giselle dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ yang sanggup membeli pada harga lebih 12 juta

error: Content is protected !!