Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 31, 2025 @ 11:19am

Romantic Echoes Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Persembahan Solo Pertama 6 Februari 2026!

Selepas mencuri perhatian ramai ketika tampil di Nyala Fest tahun lalu, kumpulan indie popular Indonesia, Romantic Echoes bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi persembahan solo pertama mereka di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Februari 2026 sempena konsert khas bertajuk Dentum The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia.

Konsert ini turut menampilkan kumpulan Midnight Fusic sebagai artis jemputan bagi pembukaan persembahan, sekali gus menambah tarikan bagi penganjuran kali ini.

Jurucakap penganjur yang juga Pengurus Projek Neptunes Presents, Azreel Azhar menjelaskan penganjuran showcase ini dibuat selepas menerima permintaan tinggi daripada peminat Malaysia sejak Romantic Echoes muncul di Nyala Fest hujung November 2024.

Menurutnya lagi, sambutan hangat itu menjadi pemangkin untuk menganjurkan persembahan solo bagi memenuhi kerinduan peminat tempatan yang mahu menyaksikan Romantic Echoes tampil lebih dekat secara eksklusif.

“Neptunes Presents dan pihak pengurusan Romantic Echoes kini sedang bertungkus-lumus memastikan konsert ini menjadi sebuah persembahan istimewa dengan pengalaman unik serta kejutan khas untuk peminat,” katanya.

Romantic Echoes dijangka membawakan 18 rangkaian lagu popular daripada empat album, termasuk beberapa lagu yang belum pernah dipersembahkan di Malaysia sebelum ini. Antara karya hit yang bakal mengisi malam persembahan ialah Persembahan Dari Masa Lalu, Paradisa, Amarah, Gaung Asmara dan Yang Kau Hindari Terjadi.

Sebagai kelainan, persembahan solo pertama ini dijanjikan tampil dengan konsep dan elemen baharu berbanding penampilan sebelum ini, khusus untuk peminat setia termasuk komuniti fanbase rasmi mereka, Divisi Romantis.

Konsert yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur ini turut dianggap momen istimewa kerana lokasinya dekat dengan peminat serta mudah diakses, sekali gus membolehkan peminat menikmati suasana konsert yang lebih intim dan bermakna.

Sebelum ini, Romantic Echoes pernah membuat beberapa penampilan di Malaysia bersama artis tempatan antaranya kumpulan Fugo, selain tampil di festival muzik seperti Nyala Fest 2024 dan Sound Circus anjuran Art of Speed.

Tiket showcase Romantic Echoes sudah mula dijual kepada orang ramai bermula 30 Disember melalui platform Ticket Empire di www.myticketempire.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025

Featured Sat, 28 Aug 2021
Featured Tue, 14 May 2024
Events Sun, 27 May 2018

Ini Bukan Kes Syok Sendiri! Tudung Superman Dikecam Netizen

Tambahnya lagi, koleksi tudung tersebut akan dipasarkan di semua butik DC Comics di Malaysia, Singapura dan beberapa negara Timur Tengah

error: Content is protected !!