Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 3, 2026 @ 5:49pm

Isu Lirik ‘Masuk Lagi’, Haiza Tegur Baby Shima… Minta Dangdut Disampaikan Dalam Mesej Lebih Beradab

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza, tampil memberi pandangan tegas namun berhemah terhadap penyanyi dangdut, Baby Shima, susulan kontroversi lirik lagu Masuk Lagi yang didakwa berunsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan umum.

Menurut Haiza atau nama penuhnya Rohaizah Nordin, 46, sebagai selebriti, seseorang penyanyi perlu lebih peka terhadap mesej yang disampaikan, apatah lagi apabila lagu berkenaan mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya ada berbincang perkara ini dengan beberapa rakan. Terfikir juga, bagaimana lirik seperti itu boleh dilepaskan. Kadang-kadang penyanyi dangdut terus dilabel sama, sedangkan hanya seorang yang tampil dengan lirik sebegitu,” katanya.

Haiza tidak menolak kemungkinan faktor usia menjadi antara sebab Baby Shima berani bereksperimen dengan lirik yang dianggap sensitif, namun menegaskan populariti datang bersama tanggungjawab.

“Mungkin sebab dia masih muda dan merasakan sesuai menyanyikan lagu begitu. Tetapi sebagai penyanyi, kena sedar lagu itu didengar oleh semua peringkat umur. Walaupun niatnya bukan ke arah itu, konotasi dan ‘kiasan’ dalam lirik tetap membawa maksud yang kurang baik,” jelasnya.

Tambah Haiza, pemilihan lirik yang kontroversi juga berpotensi memberi imej negatif terhadap genre dangdut itu sendiri.

“Sebagai orang lama dalam industri, saya rasa Baby Shima perlu lebih berhati-hati untuk lagu seterusnya. Dangdut bukan alasan untuk memilih lirik yang keterlaluan. Ia juga boleh disampaikan dengan mesej yang mendidik dan sesuai untuk semua,” katanya.

Haiza turut meluahkan kebimbangan terhadap kesan pengulangan lagu tersebut di media sosial, yang menurutnya mudah mempengaruhi minda pendengar, khususnya kanak-kanak.

“Bila lagu itu masuk media sosial, ia akan diulang-ulang. Bila sudah ‘tertanam’ dalam fikiran, kesannya jadi lain. Itu yang saya risaukan. Saya pun sebenarnya tak mahu dia dikecam,” ujarnya.

Haiza berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kenduri Rakyat sempena kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 yang berlangsung di Restoran Asam Pedas London, Selayang, pada Sabtu.

Mengulas sama ada lirik dangdut sememangnya perlu bersifat sedemikian, pelantun lagu Dag Dig Dug berpendapat ia tidak wajar dinormalisasikan, khususnya dalam konteks budaya tempatan.

“Saya rasa memang tidak patut, terutamanya di Malaysia. Mungkin di negara lain seperti Indonesia perkara itu sudah biasa, tetapi jangan kerana biasa kita anggap ia betul. Banyak perkara kelihatan ‘normal’ hanya sebab kita kerap terdedah,” katanya.

Haiza menegaskan, keutamaan harus diberikan kepada pembentukan generasi muda melalui kandungan yang lebih positif.

“Bagaimana dengan anak-anak generasi kita? Perkara itu boleh terbawa-bawa. Sekali mereka buat carian, ia akan muncul semula. Jadi, lebih baik kita biasakan perkara yang baik. Lirik yang membina itu lebih bermakna berbanding lirik yang boleh merosakkan pemikiran,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Jangan Bawa Watak Khuzairi In Real Life!”- Netizen Terhibur Tya Adnan Usik Shukri Yahaya Dengan Kehadiran Orang Ketiga

Alamak! Hahaha comel je ek perangai mereka berdua ni. Manja betul Shukri Yahaya dengan Tya Adnan

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

MIA AHMAD TEGAS TIDAK MAHU BERKONGSI. KENAPA?

Namun, dia tidak mahu berkongsi setiap perincian proses berpantang tersebut memandangkan Mia tidak mahu dikecam atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

Sweet! Syed Saddiq Kongsi Video Melamar Bella Astillah Di Gunung Kinabalu

Ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq akhirnya berkongsi dirinya bakal melangsungkan pertunangan bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Saddiq atau nama lengkapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, memuat […]

Drama Thu, 27 Feb 2025

Alif Satar Curang? Bukan Sekadar Lafaz 2 Sarat Dengan Konflik & Emosi

Lebih banyak konflik dan dilema dalam Bukan Sekadar Lafaz 2. Saksikan!

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Erma Fatima Nafi Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Featured Tue, 16 Dec 2025
Events Wed, 2 May 2018

Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Insiden Lelaki Tegur Aurat Wanita Secara Terbuka, Pendapat Izara Aishah Dikecam Warganet – “Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan?”

Hmm.. ada betul juga apa yang Izara cakap ni kan gais? Tak salah untuk menegur cuma kena tengok pada situasi juga.. tapi teruk juga Izara dikecam, fuhh

error: Content is protected !!