Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin January 4, 2026 @ 8:17pm

Didakwa ‘Pasar Malam T20’, Havoc Food Festival Buka Mulut Isu Harga Makanan Mahal

Penganjur Havoc Food Festival menolak dakwaan kononnya festival makanan itu semakin kurang mendapat sambutan gara-gara vendor menetapkan harga yang tidak munasabah.

Pelakon, penerbit yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Festival, Datuk Firdaus Nadxaman berkata, sejak tujuh tahun lalu penganjuran festival tersebut dibina atas prinsip membantu usahawan menjana pendapatan, bukannya membebankan pengunjung.

Firdaus turut mengulas isu yang sedang diperkatakan apabila ada pihak melabelkan Havoc Food Festival sebagai ‘pasar malam T20’ kerana harga makanan dikatakan mahal.

“Syukur kami peka dengan perbualan ramai mengenai sensitiviti harga dalam festival makanan. Bila kami mula aktif sekitar tujuh tahun lepas, penganjur acara tidak ramai dan Havoc antara yang terawal menggerakkan industri ini. Namun sekarang timbul dakwaan festival makanan jadi macam ‘pasar malam T20’ kerana harganya tinggi.

“Terus terang, ada penganjur sendiri mengaku mereka jadikan Havoc sebagai penanda aras dan itu buat saya risau. Jadi saya bincang dengan rakan kongsi supaya sentiasa tampil dengan kelainan,” katanya.

Firdaus berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Selangor Havoc Raya Fest 2026 di Setia City Convention Centre, baru-baru ini.

Menurut Firdaus, orang ramai sering tidak nampak pelbagai kos di sebalik penganjuran festival, termasuk sewaan tapak, permit dan logistik, lebih-lebih lagi apabila festival diadakan secara jelajah di seluruh negara.

“Sebagai penganjur, kami takkan dedahkan semua pecahan kos. Hampir setiap lima bulan kami buat jelajah satu Malaysia dan banyak lokasi kami ulang. Setiap kali jelajah, kos tapak dan permit biasanya meningkat dan pernah naik hampir 60 peratus untuk pihak kami tanggung.

“Untuk kelulusan permit berniaga sahaja, jumlahnya boleh mencecah puluhan ribu. Jadi bukan isu penganjur sengaja naikkan sewa sampai harga makanan melambung, sedangkan kami sebenarnya ada kawalan harga untuk usahawan yang terlibat,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Havoc Festival, Faizul Mohd Yusof berpandangan lambakan festival makanan juga menjadi antara punca isu yang timbul. Sehubungan itu, Faizul mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan tapisan lebih ketat terhadap syarikat pengurusan acara sebelum memberi kelulusan penganjuran.

“Sekarang penganjur festival makanan terlalu ramai. Kami tak ada kuasa nak halang sesiapa buat karnival, tetapi yang boleh bantu elakkan lambakan festival ialah PBT melalui tapisan dan pemilihan penganjur yang betul-betul berkualiti,” katanya.

Havoc meneruskan tradisi penganjuran acara besar mereka menerusi Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 yang akan berlangsung selama 96 jam tanpa henti bermula 12 hingga 16 Mac 2026 bertempat di Hall 1 & 2, Setia City Convention Centre (SCCC) dengan tema “Havoc-nya Raya di Kampung”.

Majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini turut dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Bagi memeriahkan festival, pihak penganjur menampilkan barisan pengacara popular antaranya Fad Bocey, Sharif Zero, Danial Zaini serta duo Epul dan Talam.

Antara tarikan utama yang bakal menanti pengunjung termasuk kehadiran kira-kira 200 vendor jualan yang menawarkan pelbagai keperluan persiapan Raya serta bazar berbuka puasa, selain pengisian kerohanian seperti iftar, solat Tarawih dan sahur berjemaah yang memberi peluang untuk masyarakat berkumpul dalam suasana kekeluargaan.

Acara ini turut menampilkan cabutan bertuah istimewa dengan hadiah utama berupa sebuah kereta, sekali gus menjadi tarikan tambahan kepada orang ramai untuk hadir dan memeriahkan festival.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Events Tue, 25 Feb 2025
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Terdahulu, Azar dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen ditahan pihak berkuasa bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran

Trending Tue, 10 Sep 2019

妈妈怒!研究:老公比小孩更让人崩溃

对大部分妈妈来说,生活中要承受许多压力,除了努力工作,下班后还得应付难缠的公婆和哭闹的孩子;不过最近有研究指出,其实对女性而言,最大的压力来源并不是爱胡闹的小朋友,而是……

Featured Sat, 19 Feb 2022
Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Sat, 6 Sep 2025
Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Aura Luar Biasa Siti Nurhaliza, Baju Di TikTok Tular Sampai ‘Sold Out’!

Siti Nurhaliza beli baju di TikTok, ramai beli sampai sold out!

Featured Thu, 23 Oct 2025

“Kita Ada Misi Penting Dari Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang…” – Zizi Kirana

Zizi juga menegaskan fokus sekarang adalah bercerita dan tidak bisu mengenai isu saudara kita di bumi Palestin.

Featured Fri, 12 Dec 2025

Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”

Ketegangan antara Dr. Afifah atau lebih mesra dipanggil Dr. Fie dan bekas suaminya yang juga penyanyi Nubhan, kembali menyorot perhatian selepas wanita itu berkongsi hantaran di platform Threads miliknya. Kata Dr. Fie, Nubhan hadir membuat […]

error: Content is protected !!