Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 6, 2026 @ 10:58am

“Ini Aku Bagi Amaran Pertama & Terakhir, Jangan Cuba Masuk Campur” – Norman Hakim Buka Mulut Isu Mas Kahwin & Nafkah Tertunggak Abby Abadi

Pelakon Norman Hakim akhirnya tampil bersuara selepas isu pembayaran ‘mas kahwin tertunggak’ melibatkan bekas isterinya, Abby Abadi kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Instagram (IG), Norman memuat naik rakaman dirinya menyerahkan sejumlah wang secara tunai kepada Abby, selain memaparkan tangkap layar transaksi yang jelas tertera jumlah RM11,111.11.

Namun, jelas Norman, penggunaan istilah ‘mas kahwin tertunggak’ pada transaksi tersebut hanyalah untuk tujuan rekod dan dokumentasi kewangan, bukan merujuk kepada nilai sebenar mas kahwin seperti yang disalah tafsir ramai.

“Tak ada mas kahwin di Malaysia sampai lima angka. Paling tinggi pun tiga angka. Khilaf aku, letak tajuk itu untuk tujuan rekod dan filing supaya tax consultant senang buat kerja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Norman turut menegaskan agar orang luar tidak mencampuri urusan peribadinya bersama bekas isteri, khususnya berkaitan isu nafkah yang sering menjadi bahan perbincangan.

“Mengenai nafkah tertunggak, ini aku bagi amaran pertama dan terakhir. Jangan cuba masuk campur. Itu urusan antara aku dan bekas isteri aku,” katanya tegas.

Norman turut menjelaskan wang yang diserahkan kepada Abby adalah hasil titik peluhnya sendiri, termasuk dividen perniagaan yang diusahakan tanpa bergantung kepada sesiapa.

“Yang aku keluarkan duit dan bagi bekas isteri aku pun duit dividen yang aku bersengkang mata bertungkus lumus bekerja siang malam,” ujarnya.

Dalam masa sama, Norman mendedahkan dirinya telah menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai sejak awal 1990-an, selain menerima pelepasan cukai sebanyak RM1,000 bagi setiap anak pada setiap tahun.

Mengulas mengenai tindakan Abby yang kerap berkongsi perkara berkaitan di media sosial, Norman memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

“Mengenai bekas isteri aku suka kongsi di media sosial, itu hak dia. Orang lain tak boleh kawal,” katanya.

Sebelum ini, Abby mencuri perhatian ramai apabila memuat naik bukti transaksi pembayaran oleh bekas suaminya secara dalam talian bertarikh 2 Disember lalu, dengan keterangan jelas tertera ‘mas kahwin tertunggak’, sekali gus menamatkan penantian selama 22 tahun.

Artikel Berkaitan: 22 Tahun Menanti, Abby Abadi Lega Norman Hakim Selesai Bayar Mas Kahwin Tertunggak – “Panjang Lagi Ceritanya, Masih Ada Tuntutan Nafkah Anak-Anak Untuk 18 Tahun”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Featured Sat, 16 Jul 2022

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Alamak apa kes ni? Fazura perli siapa? Kesian Faz teruk dikecam 🥲 Niat dia baik, tapi ramai yang salah sangka 😢 Apapun, Che Ta memang sempoi 🫰🏻

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Trending Sun, 24 Mar 2019

Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

error: Content is protected !!