Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 16, 2022 @ 2:14pm

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Selebriti terkenal, Nur Fazura menerima tempias dan kritikan netizen selepas memuji pelakon Rozita Che Wan kerana menjual inai mampu milik.

“Baru nak buka… Thank you Che Ta ingat pada saya dan thank you jual murah untuk semua saudara kita..” tulisnya di ruangan komen menerusi sebuah hantaran di Instagram milik Che Ta.

Dek kerana komennya itu, ramai dalam kalangan netizen yang mendakwa Fazura seakan memerli seorang artis yang turut mengeluarkan produk inai.

Berang akan tohmahan yang dilemparkan kepada Fazura, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tampil membidas komen-komen negatif netizen dipercayai untuk meredakan suasana tegang itu di sebuah hantaran baharu.

“Hampa tengok video ni, apa salah Fazura ya? Ada ke dia cakap bukan-bukan pasal orang lain?

“Kami pelik bila ada yang buat fake akaun semata-mata nak hentam dan komen kata-kata negatif dekat @missfazura.

“Sedangkan bila kami tengok balik dekat komen video sebelah dan IG story yang Faz tag kami, takdak pun nampak dia mention mana-mana selain dari inai kami.

“Kami takdak gaduh dengan siapa-siapa pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Bila baca komen (kami dah block siap fake akaun tu) kami jadi pelik, walhal kami ok ja sesama rakan selebriti, takdak pun kami gaduh apa – macam kami cakaplah, rezeki Allah itu luas , buat apa hampa semua nak gaduh,” tegasnya.

Dalam pada itu, Che Ta sempat menitipkan ucapan terima kasih pada aktres jelita Gol dan Gincu itu kerana sudi menerima produk inainya serta membuat review secara suka rela.

“Untuk Faz tercinta, thank you hampa sudi terima inai Che Ta letups kami.

“Thank you jugak sebab selalu baik hati support kami na, kami hantaq laju ja dia letak dekat story, tu pun kami dah hargai sangat-sangat,” luahnya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen meminta Che Ta dan Fazura untuk abaikan segala komen negatif yang membabitkan selebriti lain.

Menurut mereka, netizen yang mempunyai perangai sebegitu didakwa sengaja untuk menjadi baru api serta memecahbelahkan sesama mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri mendedahkan sifat pemurah yang dimiliki oleh penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia sebentar tadi. Menurut Nadir, dia terkejut selepas mengetahui perkhabaran mengenai pemergian penyanyi itu kerana dia […]

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

Erra Fazira Jawab Soalan ‘Sampai Bila Nak Berlakon?’

Salah satu doa Hajah Erra di Tanah Suci baru-baru ini agar urusannya terus dipermudahkan.

Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

Filem Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Zulin Aziz Appalled with Unethical Product Sellers

Stop it once and for all, it’s so not cool!

Featured Wed, 7 Dec 2022
Trending Mon, 26 Oct 2020
error: Content is protected !!