Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 31, 2019 @ 4:25pm

Erra Fazira Jawab Soalan ‘Sampai Bila Nak Berlakon?’

Pelakon Erra Fazira tidak meletakkan had usia dalam karier seninya.

Kata pelakon jelita berusia 45 tahun ini, dia meletakkan soal rezeki kepada Allah SWT dalam merencana masa depannya.

“Kalau ditanya sampai bila saya mahu berlakon, saya sendiri tidak boleh nak kata. Saya ikut sahaja apa yang ditulis olehNya.

“Kalau saya orang kaya, boleh lah untuk letak sasaran bila saya perlu berhenti bekerja. Saya perlu mencari pendapatan sendiri dan jatuh bangun dalam hidup juga sendiri. Tanggungjawab saya kepada keluarga dan anak juga perlu difikirkan,” katanya kepada Xtra.

Akui Erra ketika ditemui di tayangan perdana filem Wangi di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, dia berdoa agar urusan dalam mencari rezeki sentiasa dipermudahkanNya.

“Salah satu doa saya di Tanah Suci baru-baru ini adalah urusan saya terus dipermudahkan dan saya terus istiqamah dalam hidup. Insha Allah,” akhirinya tenang.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Erra bersama Sharnaaz Ahmad berjudul Wangi bakal ditayang bermula 5 September depan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 May 2022

“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Syafie kini lebih bahagia selepas meninggalkan hubungan toksik dengan bekas tunang.

Hiburan Mon, 1 Sep 2025
Featured Wed, 14 Jul 2021

Pelakon Indonesia Irwansyah Disahkan Positif COVID-19

Selepas penyanyi Afghan disahkan positif COVID-19. Terbaru,penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansya pula mengumumkan beliau kini positif COVID-19. Berita itu dikongsi beliau menerusi laman Youtube The Sungkars Family “Hari ini aku dinyatakan positif (COVID-19). Tapi Alhamdulillah […]

Featured Thu, 25 Aug 2022

“Ini Rezeki Allah Bagi” – Tak Sampai Sehari, Tudung Wawa Zainal Sold Out, Raih Hasil Jualan RM2.5 Juta!

Alhamdulillah rezeki Wawa. Tak sampai 24 jam, 90,000 helai dah sold out! 🤯

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Ernie Zakri mohon maaf, akui khilaf sebagai manusia biasa

Featured Mon, 5 Aug 2024
Events Fri, 4 Jul 2025

‘Sentuhan Wira’ Filem Aksi Sukan Kebangsaan Diangkat Ke Layar Perak, Adaptasi Kemenangan Piala Thomas 1992

Filem ini turut mendapat sentuhan Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

error: Content is protected !!