Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2026 @ 3:31pm

Farah Lee Bakal Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Lepas Raya, Mahu Utamakan Misi Kemanusiaan – “Cyst Dah Membesar, Tapi…”

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee, mendedahkan dia perlu menjalani pembedahan cyst selepas Aidilfitri susulan ketumbuhan dalam badannya yang semakin membesar akibat ketidakseimbangan hormon serta tekanan emosi berpanjangan.

Menurut Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, masalah cyst itu bukan perkara baharu, sebaliknya sudah disedari sejak lebih dua tahun lalu.

“Saya memang dah lama sedar ada cyst, tapi dulu tak besar sangat. Sejak kebelakangan ini kesihatan saya tak berapa elok, hormon pun tak seimbang, ditambah dengan post traumatic syndrome, jadi cyst itu membesar dengan cepat,” katanya.

Jelas Farah, ketumbuhan tersebut sudah mencapai saiz besar dan memerlukan pembedahan, namun dia terpaksa menangguhkan rawatan berkenaan berikutan komitmen terhadap misi kemanusiaan yang telah dijadualkan lebih awal.

“Ada ketumbuhan yang dah agak besar dan memang perlu dibedah. Cuma saya belum sempat nak buat pembedahan sebab jadual misi yang padat. Jadi saya tangguhkan dulu dan tunggu lepas raya,” ujarnya.

Farah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem The Voice of Hind Rajab di TGV, KLCC, malam Selasa.

Dalam pada itu, Farah mengakui tahap kesihatannya turut terjejas akibat kurang rehat, namun dia memilih untuk terus komited melaksanakan misi kemanusiaan yang sedang digerakkan.

“Buat masa sekarang ini saya fokus misi dulu. Lepas raya nanti barulah saya setkan masa untuk buat pembedahan cyst. Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Farah berkata dalam masa terdekat ini dia akan menyertai misi kemanusiaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskannya, Childrity untuk memberi bantuan ke Indonesia, Laos, Syria dan Afghanistan sebelum pembedahan.

“Insya-Allah saya akan ke Aceh, Indonesia, bagi menyertai misi bantuan banjir di sana yang kita sedia maklum keadaannya sangat teruk dan bantuan amat terhad.

“Beberapa hari selepas pulang, saya akan ke Laos pula bagi membantu komuniti Muslim di sana. Sepanjang Ramadan ini, saya memang tidak berada di Malaysia kerana akan ke Syria dan Afghanistan,” katanya.

Mengulas kemungkinan menyertai Global Sumud Flotilla 2.0, Farah berkata penyertaannya bergantung sepenuhnya kepada tarikh pembedahan serta proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.

“Saya memang berharap dapat sertai lagi, tapi sebelum raya jadual saya penuh, lepas raya pula saya ada pembedahan. Jadi kita tengok dulu keadaan saya nanti.

“Tak semestinya pergi ke Gaza saja baru boleh bantu. Boikot, beri sumbangan dan kongsi kesedaran di media sosial pun sudah cukup besar impaknya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Jun 2026

Tak Timbul Isu Perbandingan, Ammar Haikal Harap Azeva Rebut Gelaran Juara – “Dia Ada Full Pakej & Orang Suka Karakter Dia”

Ammar Haikal mengakui sentiasa memberikan sokongan penuh kepada kakaknya, Azeva yang kini semakin mencuri perhatian  menerusi program nyanyian realiti popular. 

Acara Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Trending Thu, 25 Jan 2018

110公斤胖美人渡边直美「女孩都有值得欣赏的美」

有一种自信,叫渡边直美!这位来自日本最红的女谐星,从不会受到自己的体重和外形而感到自卑,因为她知道“自信就是美丽!”

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

“Memang Level International”- Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Dijemput Ke Pertunjukan Fesyen Mewah Versace

Seringkali kita melihat susuk selebriti dan personaliti Malaysia Neelofa hadir ke pertunjukan fesyen mewah di luar negara. Daripada jenama terkemuka seperti Dior, Giuseppe Zannoti, Bottega Venetta, Prada. Terbaru, pengusaha jenama Nealofar itu kini dijemput menjadi […]

Featured Tue, 23 May 2023
Trending Fri, 31 May 2019
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Leona Puji Andy Teh Jejaka ‘Hot’

Leona secara terbuka puji Andy Teh ‘hot’, good looking

error: Content is protected !!