Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2026 @ 7:08pm

Tak Sangka Lagu Sendiri Jadi OST, Farihin Arnia Luah Rasa Syukur – “Pada Awalnya Tertekan Juga Sebab…”

Usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil buat pempemgaruh dan pelakon, Farihin Arnia, apabila dia kini berpeluang mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian, sekali gus melebarkan perjalanan seninya dalam industri hiburan.

Farihin, 25, menyifatkan peluang yang diterima sebagai satu nikmat besar, apatah lagi selepas melalui pelbagai cabaran untuk menonjolkan bakat sejak awal pembabitannya dalam dunia kandungan digital.

Menurut aktor kelahiran Sabah itu, media sosial menjadi medan utama untuknya memperlihatkan kebolehan diri, terutama apabila peluang untuk berkarya di negeri kelahirannya agak terhad.

“Saya memang bermula dengan menghasilkan konten kerana mahu orang nampak bakat saya. Itu impian saya sejak awal.

“Di Sabah, agak sukar untuk kembangkan bakat, jadi saya pilih untuk aktif di TikTok dan cipta cerita sendiri sebagai platform untuk berkarya.

“Syukur, dengan bantuan rakan-rakan seperti Ryan Bakery serta sokongan pihak pengurusan, saya akhirnya diberi peluang untuk berada di sini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Kelas Belakang yang berlangsung di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Lebih manis, Farihin turut diberi kepercayaan menghasilkan serta menyanyikan lagu runut bunyi bagi drama terbaharu lakonannya itu, sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini.

“Saya memang tak sangka lagu ciptaan sendiri, Jatuh Bangun, dipilih sebagai OST drama Kelas Belakang.

“Dalam salah satu episod, watak yang saya bawakan perlu menghasilkan lagu sendiri. Jadi saya tulis lagu dan lirik, kemudian serahkan kepada pengarah untuk dinilai.

“Alhamdulillah, respon yang diterima sangat baik dan tidak lama selepas itu pihak penerbitan memaklumkan lagu tersebut akan dijadikan lagu runut bunyi,” jelasnya.

Mengakui berasa sedikit tertekan kerana ini merupakan pengalaman pertamanya sebagai penyanyi, Farihin bagaimanapun melihat peluang itu sebagai satu ruang pembelajaran yang penting dalam membina kerjaya seni.

“Memang ada tekanan pada awalnya sebab saya dikenali sebagai content creator. Tapi ini peluang besar, jadi saya tak mahu lepaskan.

“Apabila orang sudah beri kepercayaan, saya akan buat sehabis baik. Kalau ada peluang untuk rakam lagu lain selepas ini, saya terbuka untuk mencuba,” katanya.

Dalam masa sama, Farihin turut tampil dalam drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti kehidupan pelajar kelas paling tercorot, sering dipandang rendah dan terpinggir.

Drama tersebut turut dibintangi barisan pelakon muda seperti Zairi Aziz, Amylia Aidura, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Untuk makluman, Kelas Belakang arahan Nurhanisham Muhammad atau Labu mula bersiaran sejak 8 Januari lalu di platform penstriman Viu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Dilabel Isteri Derhaka, Ziana Zain Tuju Kata Pedas Buat Netizen

Ziana Zain cuba mendiamkan diri dan telah meminta ruang dan privasi untuk dirinya dan keluarga bertenang. Namun, setelah diasak dengan pelbagai komen dan kata-kata kesat, Ziana bagaimanapun telah memuat naik satu gambar dilaman instagramnya semalam yang seakan-akan menunjukkan perasaan penyanyi itu pada ketika ini

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Uriah See Carries the Malaysian Pride by Being the Only Non-Chinese National in China’s “Super Vocal Season 2”

Uriah See reaps the fruits of his labour and rises across different shores.

Trending Wed, 21 Nov 2018

Sindir Suami Di Instagram Sehingga Didakwa Kurang Ajar, Datin Alyah Akui Hilang Sabar!

Alyah akui pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari.

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira Loy bercerita mengenai pengalaman putus tunang.

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

error: Content is protected !!