Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 15, 2026 @ 3:24pm

Zaki Yamani Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan S*ksual – “Saya Dipanggil Masuk Ke Dalam Bilik & Tangannya Diletakkan Di Atas Riba Saya”

Isu amang seksual dalam kalangan selebriti semakin hangat diperkatakan susulan pendedahan seorang pelakon, baru-baru ini.

Justeru, penyanyi Zaki Yamani tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman hampir sama ketika dia masih berada di bangku sekolah.

Kata Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, dia pernah berdepan situasi tidak selesa apabila seorang individu yang bekerja dalam bidang produksi bertindak melampaui batas dengan menyentuhnya ketika mereka berada berdua-duan di dalam sebuah bilik.

“Ketika kejadian, saya dipanggil masuk ke dalam bilik. Pada mulanya saya sangka berkaitan kerja, namun sikapnya berubah.

“Dia mula menyentuh saya, tangannya diletakkan di atas riba saya sambil memuji rupa paras saya. Perkara itu membuatkan saya berasa sangat tidak selesa,” ulasnya.

Namun, sebaik sahaja menyedari niat individu berkenaan, Zaki bertindak keluar dari bilik tersebut.

“Sikapnya membuatkan saya tahu orang itu bukan mahu menawarkan kerja atau rezeki. Saya terus bangun dan keluar.

“Kebetulan ibu saya berada di kawasan itu, jadi saya segera memaklumkan perkara tersebut kepadanya,”katanya.

Jelas Zaki, pengalaman tersebut bagaimanapun membuatkannya lebih peka sekali gus lebih selesa ditemani ibunya, Fatimatuzahra Samat, 42, terutamanya ketika bertemu orang atas urusan kerja.

“Sekarang ini, kalau ada urusan kerja yang melibatkan pertemuan secara tertutup atau dipanggil ke bilik, saya akan membawa ibu bersama kerana saya lebih selesa jika dia ada,” jelasnya.

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama TikTok berjudul FYP Macam VIP yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut,  Zaki juga mendedahkan pernah menerima gangguan menerusi media sosial apabila seorang wanita berusia menawarkan bayaran puluhan ribu ringgit hanya untuk melakukan panggilan video dengannya.

“Saya pernah terima mesej langsung di TikTok daripada seorang wanita yang menawarkan bayaran dalam jumlah besar.

“Pada mulanya saya sangka berkaitan kerja. Namun selepas saya membalas mesej tersebut, dia bertanya sama ada saya boleh melakukan panggilan video.

“Saya terus sekat kerana perkara itu tidak masuk akal,” kongsinya.

Bagaimanapun, Zaki berkata insiden gangguan di media sosial itu tidak diceritakan kepada ibunya kerana merasakan dirinya kini sudah matang untuk membuat keputusan.

Malah, dia juga tidak pernah berkongsi pengalaman tersebut dengan bapanya yang juga penyanyi terkenal, Jamal Abdillah.

“Saya tidak beritahu ibu kerana saya rasa sudah boleh berfikir dan tahu bagaimana untuk menepis perkara seperti ini.

“Saya memang tidak pernah bercerita kepada ayah tentang perkara yang berlaku. Sejak awal menyanyi lagi, banyak perkara saya tidak kongsikan.

“Cuma kalau dia bertanya, barulah saya akan beritahu,” ujarnya.

Sekadar info, isu amang seksual menyorot perhatian ramai selepas pelakon Alqal Sahar  membuat pendedahan bahawa dia pernah menjadi mangsa amang seksual seorang pengarah ketika masih kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain, Zaki merupakan antara pelakon yang terlibat dalam siri TikTok hasil kolaborasi strategik antara McDonald’s Malaysia dan Media Prima.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Feb 2025
Trending Fri, 31 Jan 2020

Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan

Dalam usaha untuk membantu China menangani wabak Coronavirus, Malaysia tidak terkecuali menghulurkan bantuan sebagai negara ‘sahabat’. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata kerajaan akan sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan sebagai satu inisiatif bantu China […]

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

‘Dulu Saya Marah Bila Dia Muat Naik…Tapi Sekarang…’ Ifan Mohon Netizen Kongsi Gambar Arwah Isteri

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dylan Sahara. Semoga Ifan terus kuat dalam mengharungi ujian hebat ini. Semangat terus!

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Events Wed, 19 Mar 2025

“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” – Syed Saddiq

yed Saddiq menegaskan dia tidak akan sama sekali menggadaikan prinsip  dan menjual maruah diri meskipun menerima ujian sejak tahun 2020.

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

“Saya Sudah Kembali Single, Kami Hanya Kawan Sahaja”

“Saya Dan Emma Sekadar Kawan, Kini Sedang Single”

Featured Wed, 24 Nov 2021

Jaga-Jaga! Ops Sedar JPJ Untuk Pemantauan Insurans Kenderaan Bermula Hari Ini.

Bermula 24 November (Rabu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bagi memantau penggunaan insurans perlindungan kenderaan bermotor. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang […]

error: Content is protected !!