Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 2:45pm

Rasmi – Huawei Nova 3 Hadir Dengan 4 Kamera dan Sokongan GPU Turbo

Huawei Nova merupakan satu lagi siri di bawah jenama Huawei selain Huawei Mate, Huawei P dan banyak lagi. Terbaru, Huawei telah mengesahkan mereka akan melancarkan sebuah lagi peranti bagi siri berkenaan iaitu Huawei Nova 3 dalam satu majlis khas pada 18 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, mereka telah pun mengesahkan spesifikasi rasmi bagi peranti tersebut melalui penyenaraiannya dalam kedai atas talian mereka, Vmall. Menurut kiriman berkenaan, peranti ini akan hadir dengan 4 kamera iaitu dwi-kamera utama serta dwi-kamera hadapan.

Bagi kamera utama, Huawei menggunakan lensa 16MP RGB dan 24MP monokrom dengan bukaan lensa f/1.8. Manakala bagi kamera swafoto pula, Huawei Nova 3 ini hadir dengan gabungan lensa 24MP + 2MP dengan aperture f/2.0. Kedua-dua lensa kamera hadapan merupakan lensa RGB.

 

 

Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Kirin 970 yang disokong oleh memori 6GB serta simpanan dalaman 128GB. Apa yang menarik, ia juga bakal dilengkapi dengan sokongan GPU Turbo untuk prestasi permainan video yang lebih baik, seperti yang didakwa oleh Huawei.

Untuk sistem paparan pula, Nova 3 menggunakan skrin LCD 6.3 inci, FHD+ dengan nisbah 19:9 serta rekaan takuk. Peranti ini mempunyai bateri dengan kapasiti 3,750mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Super Charge.

Huawei juga dikatakan akan memperkenalkan model Nova 3i dalam majlis yang sama. Peranti Nova 3 ini akan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Blue Purple, Bright Black, Light Blue dan Primrose Gold. Harga jualan dijangka cuma akan diketahui semasa majlis pelancaran kelak.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 21 Apr 2018

iPhone SE 2 Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Apple Inc dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaru mereka, iPhone SE 2 seawal bulan hadapan, menurut laporan sebuah laman Jepun, Macotakara. Ia merupakan penyambung legasi bagi peranti iPhone SE pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan bakal mempunyai spesifikasi yang menyerupai […]

TECH Wed, 3 Jan 2018

9 Langkah Mudah Mengatasi Telefon Pintar terkena Air

Tips yang betul kalau telefon pintar anda terkena air

TECH Tue, 10 Jul 2018

Cara Untuk Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Paparan notifikasi yang selalu “Pop – Up” dengan pelbagai permintaan sememangnya agak menjengkelkan kita. Berikut kami kongsikan cara – cara untuk anda matikan kemunculan notifikasi pada Chrome dan Mozilla.

TECH Tue, 9 Jul 2019

Tips Mengemas rapikan Post Instagram di Android

  Instagram adalah salah satu media sosial yang paling banyak digunakan dalam generasi sekarang. Sudah tentu ia adalah satu perkara yang membanggakan jika anda berjaya menghasilkan makanan Instagram atau garis masa yang menarik dan kemas […]

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Thu, 8 Feb 2018

SAMSUNG TAWAR HADIAH PERCUMA

Hadiah percuma ditebus pada hari pembelian! Dapatkan segera selagi stok masih ada kerana ia terhad kepada 100 orang sahaja. Jangan terlambat, nanti melepas…

TECH Fri, 3 Jan 2020

Cara Bersihkan Charging Port & Speaker

Guna dulu cara nie kalau tak boleh juga baru hantar kedai.. Jimat weii

Automobile Wed, 1 Aug 2018

Airbag启动会烫伤手?你必须知道它是如何启动的!

只要知道气囊(Air-bag)的原理,那么你就不会有那么多疑问了!

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Sat, 26 May 2018

Tips Dari Google Mengenai Tingkah Laku Pelayar Internet Dari Malaysia Dan Indonesia Pada Bulan Ramadhan

Di waktu bulan Ramadhan, tingkah laku umat Islam  akan sedikit berlainan berbanding pada hari yang lain. Dan ini turut melibatkan tingkah laku pengguna di dunia maya. Perkara ini telah didedahkan oleh Google dalam beberapa infografi […]

error: Content is protected !!