Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 17, 2026 @ 2:19pm

Lawan Lagu Antarabangsa, ‘Juliet’ Akim & The Majistret Tembusi Top 3 iTunes

Kumpulan rock popular, Akim & The Majistret terus mencipta kejayaan apabila single terbaharu mereka, Juliet berjaya menduduki tangga ketiga carta Malaysia iTunes Top Songs, sekali gus muncul sebagai satu-satunya lagu Melayu yang tersenarai dalam kelompok Top 3, bersaing dengan dua lagu antarabangsa paling popular ketika ini.

Pencapaian itu disifatkan sebagai satu kejayaan membanggakan buat industri muzik tempatan dan membuktikan penerimaan luar biasa peminat terhadap karya terbaharu kumpulan berkenaan.

Menurut vokalisnya, Akim Ahmad, kejayaan tersebut amat bermakna selepas penat lelah mereka menyiapkan lagu yang sarat emosi dan penceritaan.

“Kami tidak sangka Juliet akan menerima sambutan sebegini hebat. Ini adalah hadiah paling bermakna buat kami dan bukti bahawa muzik tempatan masih kuat apabila mendapat sokongan peminat,” katanya.

Tambah Akim, kedudukan di carta iTunes itu hadir secara organik tanpa sebarang gimik.

“Kejayaan ini sangat kami hargai kerana ia datang sepenuhnya daripada sokongan peminat. Kami tidak membeli angka atau menggunakan gimik, sebaliknya Juliet diterima kerana kekuatan lagunya sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Akim turut menyifatkan pencapaian tersebut sebagai suntikan semangat buat kumpulannya untuk terus berkarya dengan lebih jujur dan matang.

“Ini satu peringatan bahawa peminat sentiasa mahukan muzik yang ikhlas. Selagi kami jujur berkarya, kami percaya Juliet hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan selepas ini,” kongsinya.

Lebih menarik, video muzik berkenaan tampil dengan konsep unik apabila menampilkan sembilan wanita sebagai simbol ‘Juliet’, yang terdiri daripada barisan selebriti tanah air iaitu, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Elly Mazlein, Nadia Brian, Sweet Qismina, Dr Soo Wincci, Evanatie, Nurel, Hawa Rizwana dan Farahdiya.

Menurut Akim, kehadiran sembilan figura wanita tersebut memberikan dimensi baharu kepada penceritaan lagu Juliet.

“Setiap ‘Juliet’ membawa makna yang berbeza. Kami mahu peminat melihat Juliet bukan sekadar lagu cinta biasa, tetapi simbol kepada kekuatan, luka dan keindahan emosi seorang wanita,” ujarnya.

Sejak dilancarkan, Juliet terus menerima reaksi positif di pelbagai platform penstriman digital dan media sosial, sekali gus mengukuhkan kedudukan Akim & The Majistret sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam landskap muzik tempatan.

Dengan kejayaan di carta iTunes serta pelancaran video muzik yang dinanti-nantikan, Juliet dijangka akan terus mengukir sejarah tersendiri dalam perjalanan seni Akim & The Majistret.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

A Aida ‘Kenenkan’ Anak Gadis Dengan Aniq Suhair… Azeva Natassha Terbuka Kenali Hati Budi

Mereka hanya kawan… Tapi Aniq Suhair dan Azeva Natassha ni sama cantik sama padan kan?

Trending Sun, 19 Dec 2021

PM Umum Cuti Kecemasan Kepada Semua Kakitangan Awam Terkesan Banjir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir. Ismail mengumumkan perkara terbabit menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter sebentar tadi. […]

Featured Mon, 10 Sep 2018

Ucapkan ‘Saya Sayang Kamu’ Dalam 28 Bahasa Ini, Hati Si Dia Pasti Berbunga-Bunga!

I love you, tiga perkataan ini punya magis dan kuasa luar biasa yang mampu mengubah dunia.

Trending Tue, 13 Aug 2019

Isteri Hamil Maut Direnjat Ketika Mandi & Suami Pula …

Kerana sayang dan ingin bantu suami pula..

Trending Wed, 4 Apr 2018

Peminjam Lunas Hutang, PTPTN Berjaya Kutip RM 1.84 bilion

“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya.

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

Britney Spears Dedah Diajar Ambil Minuman Keras Oleh Ibu Sendiri

Semua orang pasti ada memori hidup mereka tersendiri kan! Tapi kita jangan pula tiru cara Britney Spears tau!

Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

error: Content is protected !!