Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 2:47pm

Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan ‘Designed To Entertain’

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari.

Atas sebab itu, Sony mengambil keputusan untuk memperkenalkan sebuah peranti yang direka khas untuk menghiburkan penggunanya iaitu Xperia XA2 Plus. Mereka mendakwa peranti ini adalah peranti yang lengkap terutamanya untuk mereka yang gemar mendengar lagu dan menonton video.

Peranti ini mempunyai skrin paparan FHD+ bersaiz 6 inci dengan nisbah aspek 18:9 yang sesuai digunakan untuk menonton video. Bukan itu sahaja, sistem audio peranti ini juga hadir dengan teknologi audio resolusi tinggi atau Hi-Res Audio.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, Xperia XA2 Plus ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 630, kamera utama tunggal 23MP dan kamera hadapan 8MP. Ia juga akan dijana oleh bateri berkapasiti 3,580mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas Qualcomm 3.0.

Model terbaru Xperia ini akan hadir dengan dua pilihan variasi 3GB RAM + 64GB RAM atau 6GB RAM + 128GB RAM serta pilihan warna hitam, perak, hijau dan emas. Bagaimanapun, tiada harga dan tarikh pelancaran rasmi dikeluarkan oleh pihak Sony setakat ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 9 Jul 2018

Beli Honor 7s Hari Ini Dan Dapatkan Kad Mikro SD Bernilai RM40 Secara Percuma

Mahu beli telefon pintar kelas bajet hari ini? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Honor 7S. Peranti ini pertama kali dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung Jun yang lepas, kini ditawarkan dengan dengan hadiah percuma berupa kad Mikro […]

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Wed, 29 Jan 2020

Cara Semak CCRIS Secara Dalam Talian

Apabila mahu membuat pinjaman di bank, dua terma CTOS dan CCRIS seringkali menjadi perhatian. Mungkin ada yang masih keliru antara CTOS dan CCRIS. Bagi mengelakkan kekeliruan, CTOS dan CCRIS adalah dua institusi yang berbeza. Central […]

TECH Sat, 3 Aug 2019

Cara Semak IMEI Handphone

IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

TECH Thu, 6 Dec 2018
TECH Mon, 27 Jan 2020

Cara Masukkan Kalendar Cuti Dalam Peranti iPhone

Tak nak cuba ke buat anda pengguna iphone

TECH Tue, 23 Jan 2018

Cara Edit Foto Background Bergerak di Android

Dengan cara ini tidak payah susah-susah mengambil gambar banyak kali

TECH Sun, 25 Aug 2019

Cara Menghapus Data Aplikasi di Smartphone Android

Selain guna Clear Cache boleh juga guna cara ini

TECH Mon, 11 Dec 2017

Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

Hanya Rakam Dia Sedang Main ‘Game’ Dan Ulas, Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

TECH Sun, 13 May 2018

Cara Untuk “download” Video Daripada Facebook menggunakan iPhone

Kaedah yang boleh digunakan oleh pengguna iPhone untuk memuat turun sebarang Video pada Aplikasi Facebook.

error: Content is protected !!