Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 18, 2026 @ 5:19am

“Ada Beberapa Sebab Kenapa Saya Tidak Tunjuk Wajah Isteri” – Fahimi Rahmat

Penyanyi Fahimi Rahmat yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu mengakui masih belum bersedia untuk berkongsi wajah isterinya kepada umum.

Menurut Fahimi, dia turut memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci latar belakang pasangan demi menjaga privasi kerana isterinya bukan daripada industri seni.

Penyanyi lagu Angau itu menjelaskan keputusan menutup wajah isterinya dibuat atas beberapa faktor, termasuk bimbang terhadap perkara berkaitan penyakit ain serta menjaga ruang peribadi pasangan.

“Ada beberapa sebab saya pilih untuk tidak tunjuk wajah isteri. Antaranya, saya risau hal-hal seperti ain. Lagi satu, saya mahu lindungi privasi sebab dia bukan orang seni. Dia orang biasa, cuma istimewa di mata saya. Itu pun memang atas permintaan dia,” katanya.

ARTIKEL LAIN: Terbaring Lagi Di Taman… Trending Di Media Sosial, Jom Kenali Penyanyi Lagu Angau, Fahimi Rahmat

Mengulas mengenai berita perkahwinannya yang mengejutkan peminat, penyanyi lagu Kopi itu berkata perkongsian dibuat sekadar untuk mengelakkan salah faham atau fitnah.

Katanya, perkahwinan adalah impian kebanyakan orang dan satu amalan sunnah.

“Saya bukan nak hebahkan lebih-lebih. Saya cuma kongsi perkara yang perlu supaya tak timbul cerita bukan-bukan. Itu saja,” katanya.

Fahimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Extra Joss Gathering for Media & Content Creators di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fahimi antara selebriti dan pempengaruh yang terlibat dalam kolaborasi mempromosikan varian perisa baharu minuman tenaga Extra Joss di media sosial.

Jenama itu mengumumkan pelancaran semula Extra Joss Oren di Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan volum serta meluaskan kehadiran dalam pasaran minuman tenaga mampu milik.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus berkata pelancaran semula tersebut sebahagian strategi jangka panjang syarikat untuk memperkukuh portfolio produk di Malaysia. Walaupun perisa Anggur kekal paling digemari, pengenalan semula perisa Oren disasarkan kepada pengguna yang mahukan rasa lebih ringan, menyegarkan dan mudah dinikmati pada bila-bila masa.

Extra Joss turut mempunyai pilihan perisa lain seperti Active, Anggur dan Mangga mengikut cita rasa pengguna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019
Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Tue, 13 May 2025

Bermula Dari Novel Ke Siri TV, Kini Diangkat ke Layar Perak.. Filem ‘Gantung: Musketeer Code’ Bakal Ditayangkan 5 Jun Ini!

Karya adaptasi popular Gantung akhirnya muncul dalam bentuk filem berjudul Gantung: Musketeer Code pada 5 Jun 2025.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
Featured Thu, 14 Oct 2021

“Sekarang Dah Hilang Hormat” – Gara-Gara Biadap Terhadap Warga Emas, Baim Wong Kena Kecam

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dikecam oleh netizen setelah video dirinya memarahi warga emas di tepi jalan tular di media sosial. Menerusi video tersebut, pelakon itu dilihat bertindak biadap terhadap seorang warga emas […]

Trending Wed, 5 Aug 2020
Kisah Viral Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
error: Content is protected !!