Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2026 @ 7:30am

“Memang Kena Jadi Penjilat Baru Orang Sanjung? Maaf Sis Tak Pandai Ikut ‘Trend Lalang'”- Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang didakwa gemar mengecam individu lain meskipun niat asal  individu tersebut adalah untuk membantu secara ikhlas.

Menerusi hantaran di media sosial, Rita tampil mempersoalkan mengapa niat baik seseorang sering disalah tafsir sekali gus menjadi sasaran kecaman.

“Kalau niat untuk bantu orang dengan ikhlas memang tak boleh ye? Memang orang  tak suka, orang keji?

“Kena berlagak, sombong, angkuh, dengki, busuk hati, fake, menipu, penjilat. Baru orang sanjung dan layan hang baik, faham,” katanya.

Jelas Rita, dia bukanlah individu yang bersikap bermuka-muka yang juga disifatkannya sebagai ‘trend lalang’.

“Saya tak tahu pula trend zaman sekarang macam ni. Maaf lah, sis tak pandai nak ikut ‘trend lalang’.

“Semoga maju jaya lah dunia dan akhirat,” luahnya.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut, namun rata-rata warganet bersetuju dengan luahan peribadi aktres itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Jakarta Dilanda Banjir, Yuni Shara Pakai Boot Dalam Rumah

Semoga terus sabar, mungkin ada hikmahnya mbak Yuni!

Trending Thu, 24 Jan 2019

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Jika anda merancang untuk beli tiket balik kampung, jangan terkejut.

Hiburan Wed, 5 Nov 2025
Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Doakan Aidid Marcello Kembali Sihat!

Get well soon abang Aidid!

error: Content is protected !!