Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 15, 2022 @ 5:09pm

“Jika Malu Sudah Hilang…”- Bergelek Dan Terkinja-Kinja Atas Pentas, Baby Shima Buat Penonton Tertunduk Malu

Penyanyi kontroversi, Baby Shima dilihat seolah-olah tidak serik dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Selepas isu bergelek di tengah jalan, muat naik foto bersama anjing, dan menari dengan ghairah dengan alasan tahan kentut, Shima juga turut terpalit dengan isu panas bersama usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri melibatkan muzik video Baby Sayang yang disifatkan sebagai berunsur lucah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Desperate Nak Popular, Sampai Dah Macam Pelakon L*cah!”- Aksi Ghairah Aliff Syukri & Baby Shima Bergelek Dikecam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Cik Bawang Di Sana Mulutnya Mengerikan!”- Dikritik Sebab Bergelek Tengah Jalan, Netizen Indo Label Baby Shima ‘Kalis Kecaman’

Namun, seperti tidak mengendahkan pendapat orang ramai, Shima sekali lagi tampil membuat persembahan di pusat membeli belah yang terletak di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @hafizolraudzi, kelihatan Shima tampil menyanyikan lagu sambil terkinja-kinja dengan tarian yang mengghairahkan.

Dan, apa yang menarik perhatian adalah, ketika Shima menghiburkan penonton, ramai yang kelihatannya tertunduk malu seolah-olah kurang senang melihat tarian yang dipamerkan penyanyi itu ditambah pula dengan pakaiannya yang agak ketat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut mempersoalkan tindakan pihak penganjur menjemput penyanyi kelahiran Johor ini untuk membuat persembahan kerana imejnya yang dikatakan tidak sesuai untuk ditonjolkan.

Bagaimanapun, rakaman video TikTok tersebut telahpun dipadam oleh individu terbabit dengan alasan tidak mahu menjatuhkan aib mana-mana pihak.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh @hafizolraudzi menerusi hantaran terkini di laman TikTok miliknya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Featured Sat, 31 May 2025
Featured Fri, 9 Apr 2021

“Saya Dengan Seikhlas Hati… ” – Permohonan Maaf Neelofa Secara Terbuka Isu Langgar SOP

Setelah kontroversi pelanggaran SOP melibatkan isu perkahwinan dan rentas negeri yang tular di media sosial, selebriti terkenal, Noor Neelofa hari ini tampil mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai. Menerusi kiriman video yang di hantar kepada […]

Hiburan Wed, 11 May 2022
Trending Fri, 14 Aug 2020
Hiburan Mon, 7 May 2018

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Trending Mon, 11 Feb 2019
error: Content is protected !!