Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2026 @ 11:16am

Tular Didakwa Kahwin Dengan Gabenor Acheh, Vie Shantie Khan Perjelas Status Perkahwinan

Spekulasi mengenai penularan berita perkahwinan Gabenor Acheh, Muzakir Manaf dan usahawan, Vie Shanti Khan menyorot perhatian warganet.

Mana tidaknya, foto seakan-akan poster perkahwinan yang tertulis ‘Penyatuan Dua Hati: Acheh & Malaysia’  itu turut dikongsikan di platform media sosial Indonesia pada Selasa.

“Penyatuan Dua Hati: Acheh & Malaysia.

“Membangun jalinan kasih antarabangsa. Semoga menjadi ikatan yang sakinah,” tulis pada kenyataan terbabit.

Bagaimanapun, tidak mahu spekulasi terus bertebaran, Vie Shantie tampil memuat gambarnya bersama suami tercinta, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

Tidak habis disitu, ibu kepada empat cahaya mata ini turut menulis kapsyen ringkas sekali gus mengakui berita tular tersebut adalah tidak benar.

“My one and only husband,” kongsinya beserta emoji hati.

Sekadar info, Vie Shantie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Datuk Eizlan Yusof pada 7 Julai 2007 namun, perkahwinan itu berakhir pada 28 September 2014.

Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Vie Zara Khan, Zarif Yusof dan Vie Zaalia.

Vie Shantie kemudian mendirian rumah tangga bersama, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan pada 11 November 2015 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Vie Raissa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

肥妈什么料都敢爆!唯独对「他」会手下留情

相隔不到半年,叶丽仪、陈洁灵和玛俐亚再度联手,于8月10日重返云顶举办《三大超豪亚洲天后云顶2019》演唱会,以60至70年代歌曲及服装打扮,与歌迷重温当年情!

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 29 May 2024
Featured Sat, 26 Apr 2025
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Trending Thu, 17 Jan 2019

Here’s How You Can ACTUALLY Maintain Your New Year’s Resolutions

According to psychologists, it’s easier to do than we think.

error: Content is protected !!