Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2026 @ 4:20pm

“Marriage Fail, Family Jangan Fail” – Yasmin Hani Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya demi kebajikan dan kebahagiaan anak-anak.

Kata Yasmin atau nama lengkpanya, Yasmin Hani Ismail Richardson, 46, kehidupannya kini sebagai ibu tunggal berjalan dengan baik apabila dia dan bekas suami, Shaarin Razali sepakat mengamalkan konsep keibubapaan atau ‘co-parenting’.

“Single mingle masih lagi. Kita jaga anak, kita sibuk masih lagi co-parenting dengan bapa dia. Sekali-sekala kita pergi holiday atau buat outing, hari jadi dia masih sambut sama-sama. Kita masih cuba cipta keluarga yang bahagia,” katanya.

Jelasnya, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga dan menegaskan dirinya tidak trauma dengan kegagalan perkahwinan lalu.

“Kita terang-terang cakap, kita tak ada trauma. Alhamdulillah. Maknanya saya tak sakit tak serik nak kata kahwin lagi ke tak.

“Along the way tu adalah jumpa, jumpa, jumpa macam tu je. Sekarang kita boleh pilih. Yang mana tak serius ke, terlampau muda ke, kita kerja dulu lah kan?,” jelasnya.

Namun, keutamaan yang haru diberikan dalam hidupnya kini adalah anak-anak dan keluarga.

“Itu harus sebab anak saya wujud. Ada dua ketul. Mak saya pun tinggal dengan saya kat rumah.

“So mereka harus family man. Orang yang suka orang, baik dengan orang, ada budi bahasa, boleh bawa sana sini, kena fun dan kena stabil,” kongsinya.

Disoal mengenai usia anaknya yang semakin matang untuk memahami situasi yang berlaku antara dirinya dan bekas suami, Yasmin menegaskan, kedua-dua anaknya itu tidak pernah berasa terpinggir atau berasa kurang kasih sayang.

“Tahu, diorang tahu. Diorang cakap juga kadang-kadang “I miss Mommy and Daddy together kat rumah”. So kita cipta momen-momen tu. Kita jangan bagi dia merasa kempunan.

“Banyak cerita kat luar sana penceraian yang mak tak bagi anak jumpa bapa. Jangan buat macam tu, berdosa. Marriage yang fail, family jangan fail.

“So kita cuba, walaupun kalau gaduh pun biar antara kitalah. Anak tu kena settle kan dulu,” ujarnya.

Yasmin berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Pemuja yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Yasmin juga berkongsi hubungan baik yang masih terjalin dengan bekas suaminya, termasuk memberi sokongan terhadap minat dan kehidupan masing-masing.

“Dia (Sharin) suka Bali. Kita orang memang suka Bali. Bali tu dah macam kampung kita orang. Dia suka surfing. Dulu masa kahwin dia pernah cakap boleh tak nanti saya nak pergi cuti kat Bali selama sebulan nak belajar ambil kursus surfing. Saya cakap bolehlah, menangis dia sebab dia tak sangka saya akan support. Saya cakap pergilah, I ada maid, I ada anak, I happy jaga mereka, tak ada hal,” katanya.

 

Ditanya mengenai doa segelintir pihak yang berharap hubungannya dengan suami kembali bersama, Yasmin bagaimanapun menerima perkara itu dengan hati terbuka.

“Doalah keras-keras. Kalau jadi saya terima, tak jadi pun saya terima. Saya okey je.

“Yang penting saya nak jujur benda tu. Benda tu ikhlas dan jujur dan perasaan tu real. Bukan sebab dipaksa orang. Sampai bila nak hidup kesian? Mereka tiap-tiap hari jumpa mak bapa, jadi tak rasa rindu. Tidur rumah saya, balik nanti bapa hantar sampai malam. Aktiviti ganti-ganti. Profesional lah kita. Tapi secara peribadi saya selesa macam ni lah, berkawan sahaja.

“Entah, mereka takut dengan saya. Saya pula bukan kaki lepak. Saya main pickleball je. Kita jarang keluar. Kita tak ada nak pergi apa-apa.

“Kalau ada pun sekali-sekala, lepas tu dia macam geng tertutup. Tak ada macam pergi shopping cari “Ouh let’s go, mari kita tengok siapa yang kena”. Tak ada. Sedih pula rasa. Okey dah, thank you!,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Hiburan Mon, 21 May 2018

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Semoga cepat selesai misteri pembunuhan adik Zayn Rayyan

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Tak Kecil Hati Video Teater Kembang Layarku Jadi Bahan Ketawa

Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kulit Bersih dan Tampil Cantik

Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing. Minum banyak air kosong Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa […]

Featured Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila goyah?

Moga khabar angin ini tidak betul dan rumahtangga pasangan selebriti ini baik baik sahaja ya

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
error: Content is protected !!