Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2026 @ 9:29am

“Jangan Guna Agama Nak Tunjuk Baik” – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Daler Yusuf, Pertahan Ayah Tiri

Selepas beberapa rakan artis ditegur dengan lantang kerana mempersoalkan tindakannya mempertahankan maruah ibu dan keluarganya, kini Puteri Balqis sekali lagi tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Daler Yusuf.

Ia susulan tindakan aktor itu yang menegur tindakan bapa tiri dan tunangnya agar tidak mencampuri urusan perempuan.

Enggan berdiam diri dengan luahan peribadi Daler, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa dengan panggilan Aqish tampil membidas kenyataan tersebut.

Menurutnya, ayah tirinya merupakan seorang individu yang sabar dan sentiasa mempertahankan keluarganya.

“Ayah tiri aku sesabar-sabar manusia. Liberal ke, freemason ke apa saja orang percaya. Kau dengar ni. Kami yang hadap. Kau apa tau?,” katanya.

Malah, Aqish turut menasihati Daler agar tidak menggunakan agama sebagai alasan untuk tampil seolah-olah berperwatakan baik, sedangkan gagal menunjukkan nilai kemanusiaan terhadap orang lain.

“Kau dengar sini ye. Jangan guna agama kau nak tunjuk baik. Kami tahu dengan siapả kami perlu baik. Kau tak payah nak mengucap sangat kalau humanity kau tak ada untuk keluarga seperti kami.

“Betul-betul barua ayat kau. Dia bapak aku. Suami mak aku yang kisah. Dia ada hak pertahankan kami. Suami tu saya setuju 100%. Tapi Aku dan mak aku doa satu hari kau, keluarga kau,  keturunan kau ditimpa seteruk teruk bala kerana mempertahankan orang-orang yang khianat kami, yang buli kami.

“Kau tak tahu berapa lama kami diam. Berapa lama kami meraung dalam m diam. Kau tak tahu macam mana orang-orang dia kenakan mak aku waktu mak aku miskin,”tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 May 2020

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Semoga dengan langkah ini dapat memutuskan penularan wabak covid-19

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Trending Thu, 15 Mar 2018

KLIA2 Implements Self Baggage Drop To Ease Drop Off Time

KLIA2 has a new facility for all passengers which will help save lots of time during the baggage drop off process.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Tue, 19 Jun 2018
error: Content is protected !!