Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 5, 2026 @ 1:49pm

“Biarlah Dia Nak Support Bakal Suami Spin” – DJ Kidd Pertahan Emma Maembong

Individu yang dipercayai kekasih hati pelakon, Emma Maembong iaitu DJ Kidd tampil bersuara susulan tular sebuah video memaparkan aktres itu sedang berhibur di kelab malam.

Menerusi ruangan komen portal hiburan, DJ Kidd mempertahankan Emma atau nama lengkapnya, Fatimah Rohani Ismail, 34, yang dikatakan ke kelab malam di Sibu, Sarawak bagi memberi sokongan kepada ‘bakal suaminya’.

“Tak perlu blur muka pun. Biarlah dia (Emma Maembong) nak tunjuk sokongan bakal suami dia ‘spin’.

“Tunggu saya jadi nelayan nanti saya bawa dia pergi sungai pula,” selorohnya.

Sebelum ini, Emma secara terbuka mengakui dia ke kelab malam tersebut untuk melihat DJ Kidd bekerja.

Malah, aktres drama rantaian Santau Perempuan Terlarang ini mengakui berasa kurang senang apabila isu berkenaan diperbesarkan sehingga wajahnya dikaburkan apatah lagi ia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Terdahulu, Emma dan DJ Kid menjadi bualan netizen selepas mereka tampil bersama-sama di Anugerah Melodi Terhangat (AMT2025). 

Bukan itu sahaja, gosip mengenai perkahwinan senyap antara mereka kembali diperkatakan apabila timbul dakwaan mereka pernah bercuti bersama di luar negara, susulan foto-foto tular di media sosial.

Namun Emma sebelum ini menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan tiada hubungan istimewa terjalin antara mereka.

Sebaliknya, menerusi laporan mstar, ibu anak dua ini mengakui mereka kini hanya berkawan rapat dan selesa bersama memandangkan banyak persamaan dari segi minat dan sikap.

Artikel Berkaitan: “Benda Tak Elok, Tak Membanggakan Buat Apa Nak Heboh?” – Emma Maembong Pilih Privasi Soal Kisah Cinta Dengan DJ Kidd

Artikel Berkaitan: Hanya Berkawan Dengan DJ Kidd, Emma Maembong Masih Solo – “Dia Bukan Punca Saya Bercerai”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jan 2018

Putus Cinta : 8 Cara Bangkit Semula

Putus cinta setelah sekian lama menyulam kasih cukup memeritkan. Tapi mahu atau tidak, kehidupan wajib diteruskan. Menangis dan meratap pemergian orang yang pernah disayangi bukanlah caranya move on dan melupakan segala luka. Bangkitlah semula dengan […]

Featured Mon, 20 May 2024
Featured Wed, 16 Nov 2022

Sunting Gambar Naik Pelamin, Netizen Doakan Jaa Suzuran Cepat Bertemu Jodoh

Pelakon dan penyampai radio, Jaa Suzuran sering dikaitkan dengan soal jodoh oleh warganet. @jaasuzuran Semoga bahagia korang dua . And doakan Abe Jaa dengan Adira pulak ye gais #countingcalories #ehsilap #countingdays💍 ♬ Selamat Pengantin Baru […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Events Sun, 11 Feb 2018

HAEL BERJAYA JAMPI KEPUTUSAN JURI?

Dengan arrangement lagu yang nyata cukup luar biasa ditemani dengan efek LED membantu menghidupkan lagi persembahan Hael pada malam tersebut

Hiburan Fri, 29 Dec 2023
error: Content is protected !!