Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2026 @ 12:56pm

“Wanita & Kanak-Kanak Bukan Objek!” – Mimi Lana Sifatkan Titik Hitam Dilalui Puteri Balqis & Ibu Adalah Jenayah, Mohon PDRM Jalankan Siasatan 

Pelakon popular, Mimi Lana kesal dan terkejut dengan perkongsian yang dibuat ibu kepada pelakon berbakat, Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz baru-baru ini.

Kata Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, perbuatan pemerdagangan manusia yang didakwa membabitkan seorang artis wanita veteran dan seorang ahli politik adalah jenayah dan tidak berperikemanusiaan.

Tegasnya, titik hitam yang terpaksa dilalui Puteri Balqis dan ibunya itu bukan perkara kecil dan perlu disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.

“Ini tentang seorang ibu yang struggle membesarkan ananya sebagai pelakon, tapi diperlakukan dengan jijik, kejam, dan tidak bermaruah Dan didakwa dilakukan oleh seorang artis wanita veteran dan seorang ahli politik. Malaysia ada undang-undang dan pekara ini langsung tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Jelasnya, ruang pekerjaaan sepatutnya menjadi tempat selamat dan bukannya dijadikan sebagai tempat untuk wanita dan kanak-kanak dilayan sebagai objek.

Justeru, pelakon drama televisyen popular, Perempuan Itu berharap agar pihak berkuasa tidak memandang remeh isu berkenaan sekali gus tindakan tegas patut diambil bagi mengelakkan wujudnya penjenayah melibatkan pemerdagangan manusia.

“I always believed our working space should be a safe place, not a hunting ground.Not a place where women and children are treated like objects.
Dalam industri ini, ada terlalu ramai wanita dan kanak-kanak yang bekerja. Ramai yang sangat naif, especially bila baru masuk dan hanya mahu mencari rezeki. Mereka percaya. Mereka ikut. Mereka diam.Dan itulah yang paling menakutkan.

“Saya sangat berharap @pdrm ambil isu ini dengan sangat serius. Bukan sekadar dengar tetapi siasat.

“Kerana setiap kali kita diam, kita sedang membenarkan perkara ini berlaku lagi dan lagi. Kita tak nak negara kita ada another Jeffrey Epstein! Pemerdagangan manusia adalah perbuatan yang keji!,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 21 Apr 2026

Makin Laku! Terus Jadi Pilihan, Amir Nafis Kembali Bawa Watak Antagonis Dalam Filem Konspirasi

Amir Nafis bakal tampil dengan filem Konspirasi yang dijadualkan menemui penonton bermula 21 Mei 2026.

Trending Mon, 8 Oct 2018

唐老鸭84岁生日周边商品满出来!

今年9月6日正是唐老鸭的84岁生日,迪士尼因此推出众多周边商品,绒毛抱枕到录音带行动电源,至今都还买得到唷!

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Events Fri, 25 Feb 2022
Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Palsu Dokumen Rentas Negeri, Penjawat Awam Ini Didenda RM1,800

Inilah akibatnya palsukan dokumen rentas negeri.

Featured Tue, 21 Aug 2018
error: Content is protected !!