Euforia Bola 2026
FESYEN By: XTRA February 8, 2026 @ 6:25pm

Meraikan Warna & Kreativiti… Anzalna Nasir, Liza Hanim, Marsya Q, Dayah Bakar & Qistina Raisah Meriahkan Pelancaran #somerSYOKraya26

Anzalna Nasir, Liza Hanim, Marsya Q, Dayah Bakar dan Qistina Raisah merupakan barisan selebriti popular yang hadir memeriahkan acara pelancaran koleksi Raya 2026 jenama Bayu Somerset.

Bertemakan #somerSYOKraya26 yang menonjolkan konsep meraikan warna, kreativiti dan keunikan diri, pelancaran koleksi ini turut berlangsung serentak dengan pembukaan outlet baharu jenama itu di Central i-City, Shah Alam.

Koleksi raya kali ini mengetengahkan 50 corak unik, lebih lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah, dengan fokus pada gaya yang menyerlah tetapi masih selesa untuk dipakai sepanjang musim perayaan dan juga harian.

Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul berkata, identiti jenama itu kekal berakar pada unsur warisan tempatan, namun digabungkan dengan elemen moden yang lebih berani dari segi warna dan corak.

“Potongan kami masih dekat dengan akar budaya Malaysia, cuma kali ini kami berani bermain dengan warna dan corak yang lebih segar. Menerusi kolaborasi yang dibuat, kami cuba satukan elemen tradisi dan seni kontemporari untuk meraikan gaya masa kini,” katanya.

Pada majlis pelancaran, Anzalna Nasir turut tampil memperagakan rekaan Inara Kurung in Cempaka Puteh daripada koleksi kolaborasi Bayu Somerset x Arif Rafhan.

Sementara itu, Liza Hanim bersama anak perempuannya, Marsya Q, berkongsi momen bertemakan keluarga apabila mengenakan set kebaya sedondon, sekali gus menonjolkan pilihan busana yang sesuai untuk digayakan seisi keluarga.

Liza berkata, dia teruja dengan persalinan yang diperkenalkan kerana selesa dan mudah dipadankan mengikut citarasa masing-masing.

“Kami sekeluarga memang gemarkan potongan serta pilihan warna yang ditampilkan. Nampak sesuai untuk pelbagai peringkat usia,” katanya.

Marsya pula menyifatkan gaya yang diketengahkan mesra untuk mereka yang bertudung, selain mempunyai sentuhan moden yang lebih segar.

Untuk koleksi ini, Bayu Somerset menawarkan saiz dari XXS hingga 5XL, dengan harga bermula RM99. Ia boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset termasuk outlet baharu di Central i-City, selain pembelian dalam talian menerusi laman web rasmi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Pening Kepala Nak Packing Barang Untuk Balik Raya? Cuba Tip Ini

Tip packing barang nak balik raya ini akan membantu anda!

Gaya Hidup Mon, 23 Sep 2019

10 buah untuk kulit cantik

Guna bahan semula jadi

Gaya Hidup Tue, 11 Sep 2018

Para Ibu Segera Amalkan Petua Ini Agar Si Suami Kembali Memuji Anda!

Perubahan tona kulit di sekitar Miss V atau kelengkang wanita bertukar menjadi sedikit gelap selepas bersalin, adalah satu keadaan yang normal.

Featured Wed, 6 May 2020
Featured Sat, 8 Sep 2018

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Tak sangka yang Jessica Alba dah menjadi ibu selama sedekad.

Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019

Baru 12 tahun, sudah mampu beli BMW Sedan. Hebatnya jurusolek cilik ini!

Hasil solekan adik Nathannan memang mengagumkan!

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Gaya Hidup Tue, 24 Oct 2023

Aamir Khan Berehat Seketika Daripada Dunia Lakonan, Pindah Ke Chennai Demi Menjaga Ibu

Bagusnya Aamir Khan, sanggup tinggalkan kerjaya untuk jaga ibu❤️❤️

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Featured Tue, 18 Sep 2018

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Adakah anda ketagih kafein?

error: Content is protected !!