Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 12, 2026 @ 10:53am

“Sanggup Tanggung Dosa?” – PU Syed Tegur Pelakon Tanggalkan Tudung, Ingatkan Soal Aurat Bukan Pilihan

Keputusan seorang pelakon wanita untuk tidak lagi berhijab mengundang perhatian ramai, termasuk pendakwah bebas, PU Syed yang tampil memberikan teguran secara terbuka berhubung isu berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan kewajipan menutup aurat bukan sebuah pilihan, sebaliknya satu tuntutan yang sudah ditetapkan Allah SWT kepada setiap Muslim yang akil baligh dan berakal.

Menurutnya, tindakan menjaga solat memang wajar dipuji dan disyukuri, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan perintah lain.

“Kalau ayah faham kita tanggalkan tudung, tapi solat jaga, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu bahagian itu kita sudah sempurna dengan menjaga ibadat solat.

“Tetapi dengan kita mencabut tudung, aurat kita dedahkan, itu satu perbuatan yang haram, yang sepatutnya kita sendiri kena faham.

“Bukan perlu orang lain faham, kita sendiri perlu faham bahawa kefarduan yang telah ditetapkan kepada seorang Muslim yang telah akil baligh, mestilah menutup aurat,” katanya.

Dalam nada tegas, PU Syed turut mempersoalkan sama ada seseorang itu sanggup menanggung dosa secara berterusan apabila aurat didedahkan kepada umum.

“Jadi sanggupkah kita menanggung dosa sepanjang masa kita dedahkan aurat tersebut, dilihat oleh orang dan kita rasa tidak bersalah kepada Allah?

“Kepada adik ini, tolonglah faham mana yang perlu kita utamakan dalam hidup, iaitu perintah dan larangan Allah. Itulah syarat seorang Islam,” katanya lagi.

Tambahnya, umat Islam perlu sentiasa memohon kekuatan dan kesabaran daripada Allah SWT, bukan sahaja ketika diuji, tetapi juga dalam usaha melaksanakan setiap perintah-Nya.

“Sabar ini bukan sekadar bila diuji, tapi sabar dalam melaksanakan perintah Allah.

“Kena banyak berdoa supaya Allah jaga kita dan beri kefahaman yang baik tentang kefarduan yang telah ditetapkan. Tidak ada yang boleh kita ambil mudah.

“Kecuali jika seseorang itu tidak berakal atau belum baligh. Jika tidak, maka kewajipan itu tetap atas kita,” katanya.

Terdahulu, pelakon terbabit memaklumkan dia sudah berbincang secara terbuka dengan ahli keluarga mengenai keputusannya menanggalkan tudung, malah bapanya hanya berpesan agar dia tidak meninggalkan solat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Hiburan Sun, 17 Nov 2019
Hiburan Sat, 6 Oct 2018

Sejarah Baharu Tercipta, ABPBH 31 Terima 24 Juta Undian

Kadar undian tertinggi ini membuktikan capaian ABPBH 31 secara digital kali ini adalah padu dan menepati sasaran. Ternyata, peralihan daripada proses undian melalui akhbar kepada digital, memberi impak memberangsangkan sesuai dengan perubahan dunia dan gaya hidup.

Trending Wed, 14 Mar 2018

9.9 Juta Kad Kredit Diedar, Kes Muflis Dicatat 1,598 Orang

Setakat tempoh sama, statistik menunjukkan kita mempunyai 3.7 juta pemegang kad kredit utama di Malaysia.

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36. Best sangat suaranya!

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

error: Content is protected !!