Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2026 @ 1:16pm

Bawa Jaguh Sukan Negara, Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Dibanjiri 55,000 Peminat!

Memiliki keistimewaan menerusi suara dan attitude yang ada padanya, pastinya gelaran Rockqueen tidak boleh disandang oleh sesiapa kecuali Ella.

Mana tidaknya, aura dan pesona yang ada pada penyanyi itu berjaya memukau seramai 55,000 peminat yang hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert mega ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ (MTR) yang diadakan pada Sabtu lalu.

Sesuai dengan tema konsert ‘Peace, Love dan Rindu’, konsert berskala besar itu bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi manifesto penuh makna yang menyatukan generasi lama dan baharu.

Membuka konsert dengan persembahan penuh dramatik menampilkan seramai 30 orang kanak-kanak dalam alunan koir yang menyentuh jiwa,  konsert Ella bagaimanapun terus menerima sorakan gemuruh peminat apabila lagu Rama Rama berkumandang membuktikan takhta Ratu Rock Malaysia masih kukuh di singgahsana meskipun tanpa gimik berlebihan.

Sepanjang tiga jam konsert berlangsung, sebanyak 35 lagu dipersembahkan termasuklah Baldu Biru, Dua Insan Bercinta, Layar Impian, Peace Love Rindu, Teruja, Raguku, Pedih, Rindu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nuri, Permata Pemotong Permata dan banyak lagi.

Dan, antara elemen kejutan yang paling mencuri perhatian adalah, Ella turut membawa bersama-sama atlet sukan negara termasuklah, Datuk Nicol Ann David, Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Farah Ann Abdul Hadi menaiki bas sambil mengelilingi stadium menerusi lagu Standing In The Eyes Of The World.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Malam penuh magis itu turut dimeriahkan dengan penampilan, Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta The Boys. Namun kemunculan mengejut Amy Search dan Joe Flizzow benar-benar mencetuskan sorakan luar biasa, sekali gus menjadi antara detik paling tular di media sosial.

Malah, Segmen penghormatan khas kepada legenda seperti Datuk Ramli Sarip dan M. Nasir turut menyentuh perasaan apabila Ella menlantunkan lagu-lagu kegemaran figura muzik itu sekali gus menghubungkan sejarah dan masa depan dalam satu naratif yang cukup bermakna.

Lebih membanggakan, konsert ini turut membawa misi kemanusiaan apabila lebih RM100,000 berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih, antaranya Cinta gaza Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara dan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Nur 2 Bukan Untuk Kanak-Kanak, Pengarah Respon Teguran Warganet

Jangan lupa saksikan jam 10 malam ini di TV3 dan www.tonton.com.my, agaknya apa lagi si Madi nak buat malam ni eh?

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BTS Muncul Dengan Kolaborasi Bersama Halsey Dalam ‘Boy With Luv’

Kumpulan idola K-pop terkenal, BTS sekali lagi muncul dengan kolaborasi bersama Halsey berjudul ‘Boy With Luv’, trek tersebut merupakan trek utama dalam album Map Of The Soul: Persona yang bakal dikeluarkan BTS. 

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

原腾凭电影《乐园》上海勇夺新人影帝

第22届《上海国际电影节亚洲新人奖》原腾首尝影帝滋味!两届影帝陈泽耀秦勇「王见王」同台飙唱。

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Takziah! Bapa Mertua Achey Meninggal Dunia

Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi

Featured Mon, 25 Oct 2021
error: Content is protected !!