Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Padin January 25, 2026 @ 10:39am

Hidangan ‘Rasa Warisan’ Jadi Pemikat Selera Sepanjang Ramadan

Promosi kulinari istimewa Rasa Warisan bersempena musim Ramadan bakal berlangsung dari 23 Februari hingga 20 Mac 2026 di Traders Hotel Kuala Lumpur.

Sajian ini membawa pengunjung mengimbau cita rasa tempatan klasik sambil menikmati suasana kebersamaan bersama keluarga dan rakan.

Menurut Cef Eksekutif Zebdelone Chal, menu disusun berasaskan hidangan yang dekat dengan memori ramai agar pengalaman berbuka lebih bermakna.

“Kami mahu tetamu menikmati hidangan yang mengingatkan mereka kepada rumah dan tradisi, sambil mencipta kenangan baharu sepanjang Ramadan,” katanya.

Tahun ini hotel berkenaan menawarkan dua pengalaman makan berbeza iaitu Bufet Rasa Warisan di Gobo Chit Chat serta set semi bufet tiga hidangan di Bara On Six.

Antara menu utama termasuk kambing panggang seekor, sotong goreng kunyit telur sotong, makanan laut bakar daun pisang, salai masak lemak bersama nasi basmati, mee bandung lamb shank dan asam pedas Melaka serta pelbagai kuih tempatan dan minuman tradisional.

Bagi pengalaman lebih intim, set semi bufet menyediakan pembuka selera tanpa had seperti kerabu dan bubur lambuk, diikuti pilihan ayam bakar percik nasi briyani, rak kambing panggang nasi briyani atau daging striploin bersama jus rendang, sebelum ditutup dengan pencuci mulut mango panna cotta bersama ais krim vanila.

Selain sajian berbuka, hotel turut menyediakan pilihan biskut raya dan kotak hadiah khas yang menampilkan hidangan klasik seperti tart nanas, mini popiah udang dan kuih makmur untuk dibawa pulang atau dihadiahkan.

Promosi Rasa Warisan diharap menjadi destinasi pilihan pengunjung yang ingin menikmati hidangan tradisional dalam suasana moden sepanjang Ramadan.

Untuk bufet Rasa Warisan di Gobo Chit Chat, harga biasa ialah RM218 nett seorang dewasa dan RM108 nett untuk kanak-kanak; promosi Early Bird sehingga 15 Februari menawarkan RM188 nett (dewasa) dan RM98 nett (kanak-kanak).

Terdapat juga tawaran Beli 4 Percuma 1 untuk tempahan pada harga biasa sehingga 20 Mac 2026. Set semi-bufet 3-hidangan di Bara On Six ditawarkan pada RM128 nett seorang dan ahli Shangri-La Circle layak menerima diskaun 10%. Pilihan hadiah raya bermula dari RM48 nett.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 31 May 2019
Fab Foodies! Wed, 24 Jul 2019
Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

Cef Ini Menghias Keknya Bertemakan Pokok Kaktus. Nampak Macam Real!

Hanya guna buttercream untuk hasilkan pelbagai jenis dan saiz pokok kaktus.

Fab Foodies! Wed, 29 Nov 2017

人体内竟然隐藏了这么多毒素怎么办?

近年来,食品安全问题一直危害着我们的生活,你还觉得这跟你的健康无关吗?而体内隐藏的毒素,又该怎么办呢?

Eat Travel Fri, 15 Feb 2019

Anda suka gabungan coklat dan mentega kacang? Ada 5 resipi untuk anda cuba

5 pemanis mulut ini pasti akan buat anda terliur!

Eat Travel Mon, 15 Oct 2018

Indahnya Beradu Ditemani Bintang-Bintang Dan Cahaya Aurora, Vazz Sangat!

Rasa macam sekarang juga nak pergi ke salah satu lokasi ini!

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Fab Foodies! Thu, 14 Feb 2019
Fab Foodies! Mon, 1 Oct 2018

Khasiat Daun Kari Dalam Kehidupan

Selain dari bau yang wangi, daun kari merupakan antara elemen masakan yang penting dalam sajian masakan kita

error: Content is protected !!