Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2026 @ 1:03pm

“Ramai Suami Tak Berani Bersuara” – Fazley Yaakob Dedah Lebih 50% Perkongsian Di Threads Datang Dari DM Pengikut

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob hangat diperkatakan susulan perkongsiannya di Threads yang dilihat semakin berani dan terbuka, khususnya apabila menyentuh isu wanita serta masalah rumah tangga secara umum.

Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang mendakwa hantaran tersebut sekadar untuk menghangatkan suasana bagi mempromosiikan lagu terbarunya berjudul Tiga Kali.

Bagaimanalan, Fazley menafikan dakwaan tersebut sekali gus menegaskan setiap ciapannya itu berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, selain daripada mesej peribadi (DM) yang diterima daripada pengikut.

“Apa yang saya tulis di Threads biasanya adalah laluan hidup saya dan juga perkara yang saya baca daripada DM.

“Saya nampak ramai yang terkesan dengan apa saya katakan. Kalau terkesan, ambillah sebagai iktibar. Jangan anggap itu racun. Yang pahit tak semestinya racun, dan yang manis bukan selamanya madu,” katanya.

Fazley berkata demikian ketika ditemui pada program Ramadan Raya (RR) 2026: Jwanjih Kenyang, baru-baru ini.

Pelantun lagu Asama itu turut mengakui pengikutnya akan mencarinya jika lebih 12 jam tidak memuat naik sebarang hantaran.

Dalam pada itu, Fazley mendedahkan lebih 50 peratus hantaran yang dikongsikan itu berpunca daripada luahan pengikutnya sendiri.

“Saya akan terima hampir 30 hingga 40 orang DM dan tanya, ‘bang, apa nak bincang hari ini?’.  Sebab itu kadang-kadang saya perlu buat ‘disclaimer’.

“Contohnya bila saya bercakap tentang wanita yang tidak memasak di rumah, ramai yang terasa. Sedangkan itu adalah lontaran daripada ramai suami dalam Threads minta saya suarakan.

“Tak ramai suami berani sentuh isu tentang isteri. Bila saya dah ‘single’. mungkin lebih mudah untuk saya bercakap tanpa kekangan,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Kalau Nak Laser Ketiak Ke, Misai Ke, Bibir Ke.. Suka Hati! Tak Payah Canang 1 Malaysia”- Fazley Yaakob

Artikel Berkaitan: “Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Beli Barang Baby Di TikTok, Atikah Suhaime Dipuji Merendah Diri – “Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Belanja Macam Orang Biasa”

meskipun berstatus Datin tapi Atikah Suhaime merendah diri beli barang anak di TikTok

Featured Sat, 4 Jun 2022
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Trending Mon, 7 Jan 2019

宫崎骏迷有福了!吉卜力工作室2022开设新主题公园

宫崎骏迷有福了 !吉卜力工作室决定在长久手市的爱与地球博纪念公园内,开设新的主题公园。

FESYEN Thu, 28 Mar 2019

Adakah Anda Yang Kami Cari?Pencarian Wanita Melayu 2019 Kini Kembali!

Adakah anda Ikon Wanita Melayu 2019 yang kami cari?

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

“Content Suami Takut Isteri, Jalan Pantas Ke Perceraian” – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz mengingatkan isteri seharusnya dihormati, bukan ditakuti

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Hiburan Wed, 6 Mar 2024
error: Content is protected !!