Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 20, 2026 @ 5:07pm

Refleksi Perjalanan Seni, Meerqeen Bersyukur Menang Besar… Mahu Terus Berikan Terbaik Demi Peminat

Memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga, pelakon kacak Meerqeen, 24, menyifatkan trofi yang diraih bukan sekadar simbol populariti.

Sebaliknya, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu melihat kejayaan yang diraih sebagai peluang ‘reset’ dan mengatur nafas baharu untuk melangkah lebih agresif pada tahun 2026.

“Alhamdulillah, ini hadiah untuk peminat dan mereka yang tak henti menyokong. Saya anggap ini sebagai titik mula yang segar. Bila dapat pengiktirafan sebegini, ia buat saya refleksi semula perjalanan dan fikir apa lagi yang boleh saya beri pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya,” katanya penuh tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Belanja Hari-Hari Pun, Takkan Terbalas Jasa Mereka” – Hargai Sokongan, Meerqeen Hadiahkan Peminat Bertuah ‘Healing’

Mendapat 2.3 juta undian dalam talian dan markah sebanyak 40.5 peratus daripada barisan juri profesional yang terdiri daripada pengamal media elektronik dan tradisional, Meerqeen dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan bagi GMWA 2025 yang baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu Penerbit & Jadi Tetamu Program Popular, Meerqeen Intai Peluang Kembang Kerjaya Di Indonesia

Hero drama bersiri Melur Untuk Fridaus itu turut mengakui, perjalanan dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Ada fasa naik dan turun, namun sokongan berterusan peminat menjadi faktor utama yang membuatkan dia terus berdiri kukuh.

“Saya tak akan ada di sini tanpa peminat. Undian dan sokongan mereka bukan perkara kecil. Ia satu tanggungjawab besar untuk saya balas dengan kerja yang lebih berkualiti,” ujarnya.

Mengintai perancangan karier akan datang, Meerqeen tidak mahu sekadar selesa dengan pencapaian sedia ada.

Dia menyimpan azam untuk mencabar diri dengan naskhah lebih berani dan projek yang memberi impak lebih besar.

“Kemenangan di GMWA 2025 mungkin menutup satu bab, tetapi bagi saya, ia sebenarnya membuka lembaran baharu untuk membuktikan versi diri saya yang lebih matang, lebih fokus dan lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Baim Wong, Isteri Tersenarai Antara Vlogger Terkenal Dunia

Hebat penangan suami isteri ni, sentiasa terhibur tengok telatah mereka di Vlog Bapau. Cuba try layan, menghiburkan!

Trending Wed, 31 Mar 2021

Sweet Sungguh! Harris Alif Hadiahkan Lagu Baru Buat Intan Ladyana

Baru saja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, aktres Intan Ladyana pada 5 Februari lalu, penyanyi, pelakon, dan pengacara Harris Alif, 22, pastinya kini diulit kebahagiaan. Demi mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Harris tidak […]

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Hos Kacak Diserang Individu Misteri?

Menerusi posting berkenaan, penulisannya menggambarkan dirinya sedang bersedih apabila dilabel sebagai hos ‘sendu’. Aik, kenapa tu?

Featured Tue, 6 Feb 2024
error: Content is protected !!