Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 23, 2026 @ 12:23pm

“Doktor Minta Kami Bersedia…” – Amyza Aznan Bawa Anak Sulung Pulang Dari Hospital, Hanya Harap Keajaiban

“Doktor minta kami bersedia…”

Demikian luahan penuh pilu pelakon Amyza Aznan apabila memaklumkan anak sulungnya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga, akan dibawa keluar dari hospital pada Isnin.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Amyza, 51, berkata keputusan itu dibuat selepas pihak doktor memaklumkan keadaan anaknya dan meminta keluarga bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Anak saya, Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital hari ini (Isnin). Saya hanya mengharapkan keajaiban. Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun.

“Doktor minta kami sekeluarga bersedia. Ya Allah… kepada sesiapa yang bijak pandai dan hebat dalam bidang selain hospital, tolong saya,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, Amyza turut merayu bantuan dan doa daripada orang ramai, termasuk mereka yang mempunyai kepakaran dalam rawatan alternatif.

“Seluruh rakyat Malaysia, tolong doakan anak saya. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu dengan apa sahaja ikhtiar perubatan, saya mohon.

“Sesiapa yang mahir dalam perubatan alternatif walaupun jarak jauh, saya perlukan bantuan sekarang. Tolong saya,” katanya lagi.

Terdahulu, sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Namun, Amyza sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Abang Fattah Amin & Akak Amira Othman Atas Sokongan & Kebaikan” – Anak Amyza Aznan Luah Rasa Terharu

Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019
Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Didakwa Malu Guna Bahasa Melayu Dalam Lagu, Hilang Jati Diri? Dolla Ada Misi Tersendiri

Tak baik cakap macam tu! Dah cukup bagus dah Dolla harumkan nama Malaysia 🇲🇾🇲🇾

Contest Fri, 20 Sep 2019

Taylor Swift Just Dropped Some Real S**t On What Actually Happened Between Her And Kanye

Taylor Swift just drops a major bombshells about Kanye West feud

Featured Thu, 12 Sep 2024

Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

MasyaAllah ibu mentua dari syurga. Tak pernah tak support dan mendoakan yang baik-baik buat Sarah❤️❤️❤️

Trending Thu, 18 Mar 2021

“Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

Penyanyi otai, Aishah menjawab gosip yang mendakwa dirinya dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bertegur sapa. Aishah yang menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung […]

Hiburan Sat, 13 Jan 2018

Wan Maryam Nama Anak Fizo Omar & Mawar

Berkongsi nama puteri mereka yang dinamakan Wan Maryam selain dari berkongsi wajah puteri kesayangannya

error: Content is protected !!