Euforia Bola 2026
Ramadan By: Intan Mahsuri March 5, 2026 @ 8:05pm

Nak Ramadan Lebih Bermakna? #GandakanKebaikan Dengan Cara Ini

Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga. Bulan penuh keberkatan ini adalah peluang terbaik untuk kita muhasabah diri dan gandakan amalan baik – bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang memerlukan.

Dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, masih ramai keluarga di luar sana yang belum memiliki tempat tinggal yang selamat dan selesa. Jadi, apa kata tahun ini kita jadikan Ramadan lebih bermakna dengan menyertai inisiatif #GandakanKebaikan anjuran Tropicana Twister

Bina rumah untuk komuniti memerlukan

Gambar sekadar hiasan. Kredit: https://dompetplus.com/upah-tukang-rumah/

Menerusi kempen ini, Tropicana Twister mahu membina rumah buat untuk memastikan komuniti yang kurang mendapat perhatian termasuk keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia dapat memiliki tempat berlindung dan menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama EPIC Homes, sebuah organisasi yang aktif membina rumah untuk komuniti luar bandar dan terpinggir.

Kenapa rumah?

Sebab rumah bukan sekadar binaan batu dan kayu. Ia adalah ruang untuk anak-anak membesar dengan selamat, tempat keluarga berkumpul, belajar, berkongsi rezeki dan mencipta kenangan bersama.

Kongsi kebaikan dengan kumpul “Oren” digital

Menariknya, kempen kali ini tak memerlukan korang hulurkan wang secara fizikal.

Bermula 18 Februari 2026 hingga 21 April 2026, korang hanya perlu kongsikan amalan kebaikan yang telah dilakukan melalui Chatbot digital Tropicana Twister.

Setiap perkongsian akan ditukar kepada “oren” digital. Oren digital ini kemudiannya akan diterjemahkan kepada sumbangan sebenar untuk pembinaan rumah bersama EPIC Homes.

Lagi banyak kebaikan yang dikongsi, lagi banyak oren digital yang terkumpul dan lebih besar sumbangan yang dapat disalurkan kepada pembinaan rumah mereka yang memerlukan.

Tak kisah sekecil mana pun amalan tersebut. Misalnya:-

  • Hantar juadah berbuka puasa dekat jiran.
  • Bantu mak sapu sampah
  • Jadi sukarelawan
  • Memberi kata-kata semangat kepada rakan

Semuanya onzzz!

Kerana hakikatnya, kebaikan kecil boleh memberi kesan besar yang sangat bermakna kepada mereka yang menerimanya.

Beli & berpeluang menang hadiah bernilai RM100,000

Selain berbuat baik, korang juga boleh sertai peraduan Gandakan Kebaikan anjuran di mana korang berpeluang untuk menang hadiah menarik dengan pembelian minimum RM10 produk Tropicana Twister.

Antara hadiah menarik yang menanti korang:-

  • Percutian ke Jepun
  • iPhone 17
  • Smart TV
  • Touch ’n Go eWallet

Hadiah keseluruhan bernilai RM100,000! Best kan? Sambil kongsikan kebaikan, ada peluang dapat hadiah.

Ramadan adalah tentang memberi, berkongsi dan menyebarkan kebaikan. Walaupun kecil sumbangan yang kita hulurkan, besar maknanya buat mereka yang benar-benar memerlukan.

Jadi, jom ramai-ramai kongsikan amalan baik korang dan sama-sama kita bina masa depan yang lebih cerah untuk mereka yang memerlukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sponsored Mon, 7 Aug 2023

Meriahkan TikTok Awards MY 2023 Dengan Pilihan panda pick Yang Hanya Ada di foodpanda!

Psst..korang tahu tak, buat julung kalinya, TikTok akan mengadakan TikTok Awards MY 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia setelah melakar fenomena di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil! Yang lagi tak sabar, TikTok Awards MY […]

Drama Fri, 13 Mar 2026

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, […]

Sponsored Thu, 27 Mar 2025

Haikal ‘Terkandas’ Dalam Kenangan! Iklan Raya IJM Land Buat Ramai Sebak!

Setiap kali musim perayaan, kita semua tak sabar nak balik kampung. Tapi apa jadi kalau perjalanan balik kampung kali ini berubah jadi satu perjalanan penuh kenangan? IJM Land baru saja melancarkan iklan pendek Raya mereka, […]

Ramadan Tue, 20 Feb 2024
Sponsored Fri, 31 May 2024

Bahaya UV Meningkat Saat Cuaca Panas, Lindungi Kulit Korang Dengan Cara Ini!

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah mengumumkan tentang kepanasan melampau serta peningkatan indeks UV di Malaysia. Katanya ramalan cuaca panas ini akan berterusan.  Walaupun korang tau yang cahaya matahari ni kaya […]

Featured Thu, 20 Apr 2023

Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Sedondon dengan Amelia ke tu? Heheheh ❤️❤️ Selamat Hari Raya Aedy!

Program TV Tue, 28 Jan 2025

Trending!!! Calpis Soda OIAM Catat 10.6 Bilion Capaian Digital & 8.5 Juta Tontonan Selama 6 Minggu Berturut-Turut!

Siapa sangka setelah sekian lama program One In A Million (OIAM) tak bersiaran, ianya kini kembali menjadi fenomena besar dalam industri penyiaran negara. Bayangkanlah, rancangan Calpis Soda OIAM menjadi bualan orang ramai di pelbagai platform media […]

Replicated Draft Wed, 18 Mar 2026

Bermula Dengan Kemeriahan Ramadan, Pengakhiran Iklan PETRONAS Ini Buat Ramai Tersentuh

Setiap kali Ramadan dan Syawal menjelang, rakyat Malaysia pasti menantikan filem perayaan daripada PETRONAS yang sering menyentuh hati. Tahun ini, PETRONAS tampil dengan filem Aidilfitri 2026 bertajuk “Seindah Ramadan”, sebuah kisah ringkas tetapi penuh makna tentang […]

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
error: Content is protected !!