Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 26, 2026 @ 8:51am

Terbitkan Dentam Dentum Raya Nyanyian Trio Mut, Jaja Ishak Jawab Dakwaan Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra

Penerbit Jaja Ishak tidak melihat dakwaan dirinya menumpang populariti tiga penyanyi muda Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada tanggungjawab sebagai penerbit.

Menurut pemilik syarikat produksi dan label muzik Jaja Ishak Channel ini, dalam dunia seni, memilih bakat yang tepat merupakan keperluan untuk memastikan sesebuah karya mampu berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.

ARTIKEL: Trio Mut Bakal Lancar Single Pertama! Hadie Elfardie, Auddra & Ammar Haikal Bergabung Dalam ‘Dentam Dentum Raya’

Terbaharu, Jaja menerbitkan lagu Dentam Dentum Raya nyanyian tiga remaja yang terkenal dengan nama Trio Mut ini.

Merupakan single pertama gandingan mereka betiga, Dentam Dentum Raya mendapat sentuhan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik.

“Saya tak kisah kalau orang kata saya gunakan populariti Hadie, Auddra dan Ammar. Bagi saya ini memang tugas penerbit dan juga perniagaan. Kalau produk berkualiti, hasilnya bukan untuk saya sahaja tetapi untuk syarikat dan staf yang bekerja bersama,” katanya.

@xtra_my Ini dia single pertama Hadie Elfardie, Auddra dan Ammar Haikal berjudul Dentam Dentum Raya! Sedaplah lagu raya Hadie, Odah dan Ammar terbitan Jaja Ishak Channel.. Odah siap rap tau! Semoga Trio Mut makin berjaya ❤️ #xtramy #viral #beritaterkini #malaysia #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Tambahnya, dia sedar bukan semua individu mempunyai kemampuan berada di hadapan kamera atau mikrofon, justeru peranannya lebih sesuai di belakang tabir.

“Saya boleh saja keluarkan lagu sendiri sebab ada modal, tapi saya tahu kemampuan saya bukan di situ. Jadi saya biarkan mereka menyanyi dan saya berada di belakang. Dari situlah terhasil lagu Dentam Dentum Raya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaja Ishak Tepis Dakwaan Syarikat Produksi Disenarai Hitam – “Gosip Itu Tidak Baik, Industri Kita Terlalu Kecil”

Jaja turut menegaskan dia tidak mengejar perhatian, sebaliknya lebih menitikberatkan peluang pekerjaan melalui karya yang dihasilkan.

“Isu populariti bukan keutamaan saya. Apa yang penting peluang kerja dapat diwujudkan untuk ramai orang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

舞台动用超过200人打造!萧敬腾世巡吉隆坡站搭建3D歌剧院场景

萧敬腾《娱乐先生》世界巡回演唱会舞台动用超过200人打造,搭建3D歌剧院场景

Featured Sun, 26 Dec 2021

“Ini Barulah Keluarga Malaysia!” – Kaum India, Melayu Sama-Sama Bersihkan Masjid & Kuil

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan rumah dan kedai perniagaan tapi juga rumah-rumah ibadat. Beberapa video yang dimuat naik oleh Nallan Dhanabalan dengan nama pengguna @nallan.dh di TikTok merakamkan kerja-kerja pembersihan […]

Hiburan Sun, 25 Nov 2018

#SFMM33: Misha Omar Buktikan ‘Otai Masih Berbisa’

Macam ke gimnasium, kita kena rajin dan jadikan rutin harian untuk kekal sihat. Insya Allah, saya akan praktik hal yang sama.

Featured Fri, 21 Mar 2025

Kambing Perap Dapat Rating 1/10, Ini Respons Zara Zya – “Kalau Tak Sedap, Tak Apa… Jangan Beli Lagi”

Zara bagaimanapun mengucapkan terima kasih diatas pendapat yang diberikan.

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
error: Content is protected !!