Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 26, 2026 @ 9:12am

“Saya Sedih, Marsya Tak Patut Terima Kecaman Sebegitu” – Auddra Zulkifli

Penyanyi remaja, Auddra Zulkifli, 17, meluahkan rasa simpati terhadap rakan seperjuangannya, Marsya Qistina yang menjadi sasaran kecaman dan buli siber.

Menurut anak kepada pengacara Sharifah Shahirah yang mesra disapa Odda ini, dia menyifatkan Marsya sebagai individu berbakat dan berperibadi baik, sekali gus tidak menyangka dia perlu berdepan tekanan sedemikian.

“Sejujurnya, saya sedih bila tahu apa yang berlaku pada Marsya. Dia seorang yang pandai dan baik, jadi memang tak patut terima kecaman begitu. Pada saya dia memang layak menang.

“Vokal dia sangat kuat, bila dengar secara langsung memang terasa meremang,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Liza Hanim yang juga ibu kepada Marsya membuat laporan polis susulan tindakan segelintir netizen membuli anaknya di media sosial, selain memaklumkan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Marsya menjadi sasaran kecaman selepas ada pihak mempertikaikan kredibilitinya sebagai juara musim pertama sebuah program realitinyanyian ketika dia sedang mengimbangi kerjaya seni dan pengajian.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Pesanan ‘Power’ Sharifah Sakinah Buat Auddra – “Jangan Baca Komen, Pujian Pun Boleh Jadi Racun”

Tambah Odda, Marsya sebelum ini berkongsi kegembiraan selepas memenangi sebuah program realiti nyanyian, namun emosi berubah apabila berhadapan komen negatif.

“Ada yang tanya kenapa saya dan Thalita dapat banyak tawaran selepas habis program terbabit. Kami pun tertanya kenapa orang tak kasihan pada Marsya? Kena faham situasi Marsya, dia sedang melanjutkan pelajaran.

“Dia seorang rajin belajar dan dalam masa sama berlatih menyanyi. Bukan mudah seimbangkan kedua-duanya, saya hormat usaha dia. Dia pernah cerita dia gembira bila menang sebab memang nak jadi penyanyi yang bagus. Tapi bila orang mula kecam, dia jadi sangat terkesan,” katanya.

Walaupun jarang berhubung kerana komitmen masing-masing, Auddra memaklumkan dia bersama rakan baiknya, Ammar Haikal dan Hadie Elfardie sentiasa mendoakan rakan mereka itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Sekarang kami agak sibuk jadi kurang berhubung, tapi kami sentiasa doakan dia. Berkenaan dengan komen negatif netizen lemparkan kepada saya, sejujurnya, saya ada cara tersendiri.

“Sebelum ini, ibu dan pasukan saya selalu pesan, jangan terlalu fokus pada komen, jangan baca komen, terutamanya komen negatif. Boleh baca sekadar perlu, tapi kalau terlalu banyak nanti kita sendiri terasa,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbitkan Dentam Dentum Raya Nyanyian Trio Mut, Jaja Ishak Jawab Dakwaan Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra

@xtra_my Ini dia single pertama Hadie Elfardie, Auddra dan Ammar Haikal berjudul Dentam Dentum Raya! Sedaplah lagu raya Hadie, Odah dan Ammar terbitan Jaja Ishak Channel.. Odah siap rap tau! Semoga Trio Mut makin berjaya ❤️ #xtramy #viral #beritaterkini #malaysia #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Odda ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Merupakan single pertama gandingan bersama Ammar dan Hadie, Dentam Dentum Raya mendapat sentuhan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik.

Setakat ini, lagu Raya itu sudah mendapat lebih 55,000 tontonan di laman YouTube Jaja Ishak Channel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Mar 2025
Trending Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Blue Tick punya pasal, hubungan UNIC- Caprice dingin?

Caprice menafikan hal itu dan memberitahu ada 999 mesej lain yang masih belum dibuka.

Featured Mon, 3 Jan 2022

Tular Video Lelaki Buat Tarian Pelik Dalam Bas, Netizen Minta Jangan Jadikan Bahan Gurauan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membuat tarian pelik di dalam sebuah bas ekspres di perhentian R&R Simpang Pulai, Perak. Video yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini itu dirakamkan oleh […]

Featured Thu, 15 Apr 2021

Bazaar Ramadan Ditutup Sekiranya…

Penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini ternyata mengubati kerinduan kemeriahan suasana pada tahun lalu. Namun begitu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, penganjuran bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan COVID-19 yang […]

error: Content is protected !!