Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 26, 2026 @ 11:34am

Nabil Ahmad Gembira Lihat Que Haidar, Fazura Mesra – “Belakang Tabir Pun Nampak Mereka Ikhlas, Cute!”

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berkongsi kegembiraannya melihat keakraban dan kemesraaan antara pelakon, Que Haidar dan Nur Fazura.

Kata Nabil ketika ditemui XTRA, keserasian yang ditunjukkan kedua-dua selebriti itu bukan sahaja terpancar di hadapan kamera, malah di belakang tabir juga terutamanya ketika menjalani sesi penggambaran untuk produk jenama terkenal, Jakel.

Jelasnya, meskipun dia tidak mengetahui sama ada kemesraan tersebut dilakukan untuk tujuan ‘content’ atau sebaliknya, Nabil bagaimanapun mengakui apa yang ditunjukkan adalah hubungan kedua-duanya kelihatan ikhlas.

“Comel, memang kecomelan melampau (cuteness overload) untuk saya. Sebab kita tahu keadaan mereka berdua.

“Dan bila lihat sesuatu yang berbunga-bunga di set kan? Kita sebagai kawan kita macam, ‘Eh, seronoknya dia orang ni, bestnya kan?’.  Tapi sama ada benda tu di-set up atau tidak, saya tak tahu.

“Tapi kalau di sebalik tabir, tengok dia orang duduk, lepak sementara nak tunggu dia orang set up kamera ke apa ke, nampak ikhlaslah… Insya-Allah,” katanya.

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pelancaran Lagu Raya Nabila Razali berjudul, ‘Tak Sabar Nak Raya’ yang di adakan di Matrade, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nabil turut berkongsi bahawa hubungannya dengan Fazura sejak dahulu lagi sememangnya baik.

Malah, dia mengakui hampir terlupa momen mereka pernah bekerjasama dalam filem ‘Bujang Terlajak’.

“Hubungan saya dengan Fazura memang sangat baik. Saya boleh terlupa dulu kita pernah shooting sama-sama, pernah ada filem bersama iaitu “Bujang Terlajak” bersama-sama Abang Apek semua. Jadi, bila dia orang mainkan balik video tu, baru saya macam, “Ya Allah, dulu kita agak rapat juga lah rupanya.

“Jadi bila jumpa balik dekat Jakel tu, Alhamdulillah lah apa yang dirancangkan jadi perhatian, diperkatakan. So, saya seronoklah sebab hubungan baik tu ada di antara kami,” jelasnya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang melabelnya sebagai ‘lalang’, ayah kepada tiga orang cahaya mata itu bagaimanapun memilih untuk tidak melayan perkara negatif demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya memang tak baca. Ni baru tahu. Itulah, itu persepsi oranglah. Sebab dekat dalam tu saya yang saya dengar… saya memang tak ada Threads dan saya tak baca untuk menjaga kesihatan mental saya sendiri.

“Yang saya dengar dalam tu memang dia orang cuba untuk melaga-lagakan. Buat orang ni tak suka dengan orang ni, buat orang ni tak okey dengan orang ni. So lebih baik kita tak tahu,” katanya lagi.

Tegasnya, apa yang diperkatakan itu tidak mencerminkan situasi sebenar. Malah, hubungannya  Que Haidar, Fazura dan rakan lain kekal baik dan profesional.

“Tapi secara realiti dan hakikatnya bila kita berjumpa, hubungan kita sangat baik. Saya,  Fazura, Abang Que, Kamal, semua yang ada dekat situ memang kita boleh duduk, boleh gelak, boleh enjoy buat kerja sama-sama. That’s good enough for me, Alhamdulillah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Apr 2022
Trending Wed, 29 Nov 2023

Segelintir Netizen Dakwa Tak Layak Pegang Watak Keluang Man… Rupanya Nas-T Lalui Proses Uji Bakat, Dipilih Daripada 300 Calon

Tak sesuai? Nas-T dah lepas ujibakat dah pun! Tak sabar nak tonton Keluang Man😊☺️

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Kontroversi Rekaan Samping Tak Jejaskan Jualan Elrah, El Azman Berjaya Raih RM250 Juta Sebelum Syawal

Kontroversi samping tidak memberi kesan terhadap jualan produk El Azman.

Contest Fri, 30 Aug 2019

xtra好康头 | 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票

xtra好康头 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票,让你见证5子的现场魅力!

Featured Tue, 25 Nov 2025

Luahan Cik B Pada Video DSV Undang Sebak, Leona Tampil Titip Kata Semangat – “You Are Perfect As You Are…”

Cik B sentuh hati ramai selepas memuat naik kapsyen ringkas pada video tersebut.

Contest Sat, 31 Aug 2019
error: Content is protected !!