Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 6, 2026 @ 12:05pm

Nora Danish Hargai Boss Ned Pertahankan Dirinya, Akui Hormat Tetap Kekal Walau Sudah Berpisah

Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi mencuri tumpuan apabila meluahkan penghargaan kepada bekas suaminya, Nedim Nazri atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nora atau nama lengkapnya, Nora Danish Mohd Hanif, 44, membalas semula ciapan Boss Ned yang mengakui dirinya akan sentisasa mempertahankan bekas isterinya itu.

Aktres drama popular Puteri ini tidak menafikan hubungan mereka akan sentiasa baik dan dihormati, meskipun masing-masing sudah membawa haluan hidup yang berbeza.

“Saya percaya kebaikan dan rasa hormat harus sentiasa kekal, walaupun kehidupan membawa kita ke jalan yang berbeza,” katanya.

Dalam masa sama, Nora turut menghargai tindakan Nedim yang tampil bersuara ketika namanya menjadi sasaran warganet, baru-baru ini.

“Terima kasih atas kebaikan itu dan kerana berani mempertahankan sesuatu ketika ia benar-benar penting,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nora membalas ciapan Boss Ned yang  mempersoalkan mengapa perniagaan sedikit perlahan ketika di bulan Ramadan.

Dengan ringkas, Nora membalas pertanyaan itu dengan mengatakan Allah SWT meminta hambaNya untuk beribadah.

Kenyataan balasnya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap jawapan tersebut tidak sesuai.

Imbas kembali, Nedim dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2017 namun bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Artikel Berkaitan: “Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

Artikel Berkaitan: Boss Ned Persoal Mengapa Bisnes ‘Slow’ Sepanjang Ramadan, Respons Nora Danish Raih Tumpuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Thu, 31 May 2018

Comedy Planet Tutup, Afdlin Ucap Terima Kasih

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. 

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Raysha Rizrose Selamba Tayang Bentuk Buah Dada

Alahai, teruknya netizen sekarang kan?

Featured Thu, 31 Jul 2025
Events Mon, 11 Mar 2019
Featured Fri, 10 Jun 2022

Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula

Alamak! Bila dah daftar baru lah boleh buka sis….Kena lah ikut prosedur

Featured Wed, 1 Mar 2023
Trending Wed, 23 May 2018

Jamal Yunos Arrested Once More

It seems like he is showing some antics again

error: Content is protected !!