Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 6, 2026 @ 12:05pm

“Janji Nak Bagi Suami Enam Anak, Tapi Trauma Postpartum” – Atikah Suhaime Ambil Masa Setahun Untuk Pulih

Pelakon, Datin Atikah Suhaime terbuka berkongsi pengalaman mencabar dilaluinya selepas melahirkan anak sehingga mengakui mengambil masa hampir setahun untuk kembali berasa seperti dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Atikah berkata perjalanan selepas bersalin atau postpartum yang dialaminya tidak mudah sehingga membuatkan dia terfikir sama ada mahu menambah anak lagi atau tidak.

“Saya ambil masa hampir setahun untuk rasa seperti diri sendiri semula. Normal ke kalau tak mahu ada anak lagi? Saya rasa Mulan sudah sempurna.

“Ada tak ibu bapa di sini yang cuma ada seorang anak? Okay ke?” tulisnya.

Menurut Atikah, sebelum mendirikan rumah tangga dia pernah berjanji kepada suaminya, usahwan Datuk Lokman Tea untuk mempunyai enam orang anak, namun pengalaman selepas bersalin mengubah pandangannya.

“Sebelum kahwin, saya pernah janji dengan suami nak bagi dia enam anak. Tapi nampaknya tak jadilah. Perjalanan selepas bersalin ini memang bukan perkara mudah,” katanya.

Dalam masa sama, Atikah mengakui pengalaman ketika hamil sangat menyenangkan, malah ramai memuji dirinya kelihatan berseri sepanjang tempoh itu.

“Pengalaman saya ketika hamil memang sangat indah. Orang kata saya nampak berseri walaupun badan saya besar ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, situasi berubah selepas dia melahirkan anak apabila berdepan tekanan emosi dan fizikal, selain berasa cepat letih serta mudah sedih.

“Tapi selepas bersalin adalah waktu paling sukar buat saya. Orang sekeliling mengharapkan saya cepat kembali seperti biasa, sedangkan saya cepat penat dan sering rasa sedih,” katanya.

Menurut Atikah lagi, komen mengenai perubahan fizikalnya selepas bersalin turut memberi kesan kepada emosinya.

“Bila ada yang cakap ‘kenapa dia besar sangat’, malah ada kawan yang menawarkan ubat kurus, perkara itu membuatkan saya trauma,” katanya ketika membalas komen netizen.

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan pada 8 Mac lalu iaitu Lyla Mulan Teh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Fasha Sandha Terkilan, Pramugari Persoal Duduk Di Tempat Kelas Penerbangan Ekonomi

Fasha Sandha terkilan pramugari persoal duduk di kelas penerbangan ekonomi

Featured Mon, 18 Oct 2021

Cikgu Sekolah  Memandu Tunjuk Alat Sulit Kini Diburu Polis

Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang melakukan gangguan seksual kepada pelajarnya kini diburu pihak polis. Difahamkan, suspek bertindak membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah […]

Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

Featured Sun, 10 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok Buat Semua

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis […]

Featured Fri, 4 Feb 2022
Hiburan Thu, 17 Oct 2024

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

‘Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah’ – Diana Danielle

error: Content is protected !!