Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 6, 2026 @ 5:25am

Filem ‘Tiket Sehala’ Kupas Kisah Benar Sindiket Kerja Luar Negara

Pengarah filem, Rahila Ali mengangkat kisah benar yang berkait dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara dalam naskhah berjudul Tiket Sehala.

Diterbitkan oleh Key Billions Sdn Bhd, kisah yang turut melibatkan rakyat Malaysia itu menjadi satu isu yang semakin membimbangkan.

“Kisah dalam Tiket Sehala diambil daripada kejadian sebenar yang berlaku di seluruh dunia. Ramai juga rakyat Malaysia yang pernah terjerat dengan sindiket penipuan pekerjaan seperti ini.

“Filem ini dihasilkan dengan rasa tanggungjawab untuk menunjukkan kepada masyarakat tentang kesan dan akibat yang perlu ditanggung apabila seseorang menjadi mangsa kepada sindiket tersebut,” katanya.

Filem tersebut menampilkan barisan pelakon seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Fancy Goh serta Shaharudin Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Saha Champ.

Menariknya, Tiket Sehala turut membariskan pelakon dari empat negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Antara pelakon luar yang terlibat termasuk Hyunjun Sun dari Korea Selatan, Ninja daripada kumpulan SuperThai dari Thailand serta pelakon Indonesia, Naufal Samudra.

Rahila ditemui di majlis berbuka puasa Key Billions yang turut diserikan dengan pelancaran filem terbaharu mereka berjudul Tiket Sehala pada Isnin.

Tiket Sehala membawa penonton menyelami kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam rangkaian pemerdagangan manusia di Korea Selatan. Watak Alif, Putri dan Taqy menjadi antara mangsa kepada sindiket yang mengambil kesempatan terhadap individu yang terdesak mencari peluang pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Majlis pelancaran tersebut bukan sahaja memperkenalkan barisan pelakon, malah turut dimeriahkan dengan persembahan robot khas yang dikendalikan oleh Shadow Combat League.

Sementara itu, Pengasas Key Billions Sdn. Bhd., Eddie Yap berkata, pihaknya tertarik untuk menghasilkan filem tersebut kerana tema yang diketengahkan jarang diangkat dalam karya tempatan.

“Cerita mengenai sindiket penipuan pekerjaan di luar negara jarang diketengahkan dalam filem walaupun ia sebenarnya satu masalah besar yang membimbangkan.

“Menerusi Tiket Sehala, sekurang-kurangnya kita dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima tawaran pekerjaan di luar negara,” katanya.

Tambah Eddie, filem berkenaan turut menjalani penggambaran di Korea Selatan dan melibatkan kerjasama kru produksi dari Malaysia serta negara tersebut.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada kru tempatan untuk mempelajari perkara baharu daripada rakan produksi luar negara sekali gus membantu meningkatkan mutu penerbitan filem tempatan pada masa akan datang,” katanya.

Selain aktif dalam penerbitan filem, Key Billions kini turut memperluaskan peranan dalam industri perfileman dengan menubuhkan Key Billions Distribution.

Menurut Eddie, syarikat pengedaran itu akan bertanggungjawab menguruskan pengedaran serta promosi bagi filem terbitan Key Billions, selain membuka ruang untuk mengedarkan filem tempatan dan juga filem dari luar negara.

“Sebelum ini filem Soloz: Game Of Life yang kami terbitkan diedarkan oleh pihak pengedar lain untuk tayangan di pawagam.

“Namun bagi filem seterusnya seperti Tiket Sehala, semua urusan pengedaran termasuk promosi akan diuruskan sepenuhnya oleh Key Billions Distribution,” katanya.

Dalam masa sama, syarikat itu juga membuka peluang kepada penerbit lain yang ingin menggunakan khidmat pengedaran mereka.

Setakat ini, Key Billions Distribution turut memperoleh hak untuk mengedarkan dua filem lain iaitu Gayong 2 dan Tarung Unforgiven yang dijangka menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

“Penubuhan Key Billions Distribution ini menunjukkan kesungguhan kami untuk terus menyumbang kepada perkembangan industri perfileman.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana penerbit yang mahu bekerjasama dan menggunakan khidmat kami untuk mengedarkan filem terbitan mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

Ayu Damit Seronok Bercucuk Tanam Cili

Seronoknya berkongsi cerita tentang bercucuk tanam cili

Trending Tue, 2 Oct 2018

KFC Lancarkan Burger Zinger Waffle Burger, Nampak Menarik!

Ia mula dijual hari ini, jadi cepat pergi beli!

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Wow! Vokal Mereka Sebiji Macam Recording” – Persembahan Dolla Dapat Pujian Peminat

Bakat nyanyian yang dimiliki oleh kumpulan Dolla ternyata semakin mendapat perhatian peminat. Kumpulan yang dianggotai empat penyanyi wanita iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel itu telah banyak membuat persembahan yang dapat memukau penonton. Terbaharu, kumpulan […]

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

“Belum Ada Perancangan Untuk Berkahwin Dengan Zizan” – Mira Filzah

Peminat tidak putus-putus mengaitkan Zizan sedang hangat menjalinkan hubungan bersama pelakon dan pengacara, Mira Filzah.

Trending Wed, 17 Mar 2021

Dulu Dikritik Di Vokal Mania, Kini Nuha Bahrin Bangkit Dengan Single XSEMPURNA

Masih ingat dengan Nuha Bahrin? Gadis kecil molek ini pernah terpalit kontroversi dan dikritik ketika menyertai program realiti Vokal Mania sebagai rookie. ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania – Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk […]

Hiburan Fri, 15 Dec 2023
error: Content is protected !!