Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 8, 2026 @ 6:23am

Beza Usia 21 Tahun Dengan Teman Lelaki… Anak-Anak Restui Hubungan Olla Ramlan Dengan Tristan Molina

Perbezaan usia sebanyak 21 tahun tidak menjadi penghalang buat pelakon cantik Indonesia, Olla Ramlan untuk meneruskan hubungan cinta yang sedang dibina bersama teman lelakinya, Tristan Molina.

Aktres drama bersiri Walid yang kini berusia 46 tahun itu berkata, walaupun Tristan seusia dengan anak sulungnya, Sean Mikael Alexandar, 25, hubungan mereka diterima baik oleh anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OR (@ollaramlan)

Menurut Olla yang memegang watak Raras Kartika dalam drama Walid, sikap matang dimiliki Tristan menjadi antara faktor yang membuatkan dia selesa untuk berkawan rapat dan seterusnya menjalinkan hubungan serius.

“Anak saya sebenarnya lebih tua lima bulan daripada Tristan, tetapi soal rezeki, jodoh dan maut semuanya rahsia Allah.

“Saya juga sudah dua kali melalui alam perkahwinan dan perceraian. Tiada siapa pun berkahwin dengan niat mahu berpisah, tetapi kita tak tahu siapa yang akan hadir dalam hidup, sama ada yang lebih muda atau sebaya.

“Jadi saya cuma teruskan hidup seperti biasa. Apa yang penting, saya bekerja demi anak-anak dan masa depan mereka.

“Saya sendiri tak sangka akan bertemu dengan Tristan. Jadi buat masa ini saya hanya jalani hubungan ini sebaiknya,” katanya yang baru beberapa bulan menjalin hubungan serius dengan aktor dan model profesional itu.

Olla berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OR (@ollaramlan)

Tambah Olla, meskipun Tristan jauh lebih muda, lelaki itu mempunyai pemikiran yang matang selain memiliki sikap baik yang membuatkannya tertarik.

“Dia seorang yang matang, mungkin kerana sudah bekerja sejak usia 16 tahun dan hidup berjauhan daripada keluarga.

“Dia juga insan yang baik. Kalau dia bukan seorang yang baik, tentu saya tidak akan memilih untuk bersama dengannya.

“Anak saya, Sean pun rapat dengannya malah mereka seperti kawan baik. Anak perempuan saya yang masih kecil juga selesa dan mesra dengan Tristan.

“Apa yang buat saya tertarik adalah sikap rendah diri dia. Dia juga bukan jenis yang terlalu memikirkan apa orang cakap,” katanya.

Bagaimanapun, Olla menjelaskan mereka masih belum memikirkan soal perkahwinan kerana hubungan yang terjalin itu masih lagi baharu.

Dalam masa sama, Olla turut berkongsi pengalaman pertamanya bekerja dengan produksi Malaysia menerusi siri Walid untuk platform penstriman Viu.

Katanya, pengalaman tersebut memberikan suasana kerja yang berbeza selain membuka ruang untuknya bekerjasama dengan pelakon dan kru produksi tempatan.

Menurut Olla, cabaran terbesar sepanjang penggambaran bukanlah melibatkan babak bersama watak Walid yang dibawakan Faizal Hussein, sebaliknya berkait dengan penggunaan bahasa.

“Semua pelakon termasuk Faizal Hussein dan kru di set sangat baik dan mesra. Mereka menyambut saya dengan sangat positif walaupun saya satu-satunya pelakon dari Indonesia di lokasi.

“Cabaran utama sebenarnya ialah bahasa kerana semua orang di set menggunakan bahasa Malaysia.

“Saya perlu terjemahkan dahulu skrip ke dalam bahasa Indonesia supaya lebih mudah untuk saya faham dan menghayati watak yang diberikan,” katanya.

Selain bahasa, Olla berkata lokasi penggambaran juga agak mencabar kerana sebahagian besar proses penggambaran dijalankan di kawasan hutan di Perak.

“Lokasi penggambaran memang agak mencabar kerana kami banyak menjalani penggambaran di dalam hutan di Perak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Isteri Fizo Omar Mengidam ‘Ride’ Motosikal, Netizen Komen “Baby Boy Gayanya”

Perkongsian terbaru pelakon, Fizo Omar mencuri perhatian ramai apabila dia dan isteri, Fazeera Nazri menunggang motosikal berkuasa tinggi. Berdasarkan hantaran tersebut, Fizo dan isteri menunggang motosikal besar berwarna kuning bertolak ke Genting Highland untuk bersarapan […]

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan […]

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Pelakon Dan Penyanyi Popular Ini ‘Terlampau’ Bimbo Di FFM30?

Miss OO harap semuanya berjalan dengan baik tanpa perlu berlaku lagi kecacatan sebegini

Featured Wed, 17 Jul 2024

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Min Setuju 💯. Biarlah podcast yang diterbitkan tu memberi banyak input untuk penonton. Beru cenggini👍👍👍

Featured Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Sejak Makan Jamu, Ezlynn Mengaku Jarang Emo?

Saya dapat rasakan badan saya lebih ringan, tidak cepat penat dan paling penting saya kurang ‘moody’.

Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

error: Content is protected !!